Terkini: Mb Mat Said letak jawatan selaku Menteri Besar Atas Desakan Najib....

MB Terengganu: Tengku Adnan jumpa semua ADUN BN petang ini

Perjumpaan itu diadakan di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada jam 3.30 petang ini.

PETALING JAYA: Pertukaran menteri besar di Terengganu hampir pasti berlaku apabila Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan akan menemui semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional(BN) petang ini.

Menurut sumber, perjumpaan di Hotel Primula, Kuala Terengganu akan berlangsung pada jam 3.30 petang ini.

“Tengku Adnan akan memberi taklimat kepada semua ADUN BN mengenai perletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said,” katanya.
 
BN kini mempunyai 17 orang ADUN manakala Pakatan Rakyat mempunyai 15 orang ADUN.

Sumber itu menambah, Tengku Adnan akan memaklumkan kepada ADUN BN pilihan istana yang akan menjadi menteri besar yang baru,

Minggu lepas, The Star menyebut dua nama sudah dihantar ke istana untuk menggantikan Ahmad Said iaitu ADUN Seberang Takir, Datuk Razif Abdul Rahman dan ADUN Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar.

Menteri Besar baharu dijangka mengangkat sumpah di Istana Maziah pada hari Rabu kerana esok hari cuti Wesak.


Sumber Berita Dari Blog KedahKini

No comments:

Post a Comment