SUASANA PENAMAAN CALON PRK PARLIMEN BUKIT GELUGOR.... BELUM BERTEMPUR BN SUDAH TERSUNGKUR BERKUBUR....!!!

Hari penamaan calon untuk pilihan raya kecil Bukit Gelugor akhirnya tiba.

Calon-calon berkumpul di Dewan Sri Pinang, sekitar Light Street, Pulau Pinang.

Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Karpal Singh pada 17 April akibat kemalangan jalan raya.

Dalam pilihan raya umum lalu, tokoh DAP itu menang dengan majoriti besar 41,778 mengalahkan lawannya daripada BN Teh Beng Yeam.

Setakat ini, lima individu menunjukkan minat bertanding, termasuk anak Karpal, Ramkarpal daripada DAP dan Naib Presiden Parti Cinta Malasia (PCM) Huan Cheng Guan.

Manakala di pihak bebas pula Mohamed Nabi Bux, Yacoob Mohd Noor dan Abdul Bakar Sidek.

MCA tidak akan bertanding. Bagaimanapun, Pengerusi BN membayangkan akan terdapat calon mesra BN.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment