Sekat di masjid, kuliah Ustaz Azhar di gelanggang futsal (Gambar)

HULU TERENGGANU: Buat pertama kali di negeri sendiri, Ustaz Azhar Idrus menyampaikan kuliah di gelanggang futsal setelah tidak dibenarkan berbuat demikian di Masjid Kampung Butut, Kuala Berang, malam tadi.

Difahamkan, beliau telah menyampaikan kuliah dua bulan sekali di masjid itu sejak dua tahun lalu tidak pernah dihalang sebelum ini.

Begitupun, dipercayai arahan tersebut dibuat oleh orang politik yang menggunakan pihak berkuasa agama supaya tidak dibenarkan Ustaz Azhar menyampaikan kuliah di masjid berkenaan.

Walaupun diadakan dalam gelanggang futsal, namun tidak menjejaskan kehadiran muslimin dan muslimat termasuk anak-anak muda untuk mendengar kuliah daripada ustaz idola mereka.

Menurut sumber, jumlah para hadirin untuk mendengar kuliah semakin bertambah sehingga pihak masjid menyediakan kawasan meletak kenderaan yang selesa.
 
Sumber Berita Dari Blog Kerengga

No comments:

Post a Comment