RM1.5 Juta Ditemui Dalam Akaun Dua Pegawai Polis

Wang sebanyak RM1.5 juta telah dijumpai di dalam akaun dua pegawai polis yang berkhidmat di Johor.

Pengerusi Badan Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R. Sri Sanjeevan mempersoalkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan membuat pendedahan mengenai kes berkenaan.

Dia berkata, kedua-dua pegawai polis yang memegang gelaran Datuk itu sedang disiasat Petugas Khas yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail.

Menurutnya, anggota petugas berkenaan terdiri daripada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pihak polis dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

Dia mendedahkan bahawa petugas khas tersebut juga sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis di Kuala Lumpur.

Sebanyak RM30 juta lebih wang yang ditemui di dalam akaun pegawai polis yang berkhidmat di Bukit Aman itu.

Bagaimanapun, Sanjeevan mengakui bahawa semua pendedahan yang dibuat MyWatch itu masih belum disiasat pihak polis.

Sanjeevan juga turut meluahkan rasa kekecewaannya di atas kegagalan pihak polis yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap laporan yang dibuatnya sebelum ini.


Sumber Berita Dari Bloglist Malaysia

No comments:

Post a Comment