PRK Teluk Intan: 45 pengundi melebihi umur 100 tahun

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pengundi yang paling tua, berumur 111 tahun.
Beliau berkata, jumlah pengundi yang berumur 100 tahun ialah 23 orang, umur 101 (13), umur 102 (4) dan masing-masing seorang bagi kategori pengundi berumur 103, 109 dan 111. Dua pengundi berumur 104 tahun.
"Di Parlimen itu juga pengundi wanita lebih ramai daripada lelaki iaitu 31,049 orang berbanding 29,300 orang," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkaitan kerusi berkenaan di Putrajaya, hari ini.
PRK Parlimen Teluk Intan ditetapkan pada 31 Mei dengan penamaan calon pada 19 Mei, manakala pengundian awal 27 Mei.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pada 1 Mei.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Seah, 48, menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.
Sumber Berita Dari TMI
No comments:
Post a Comment