PRK BUKIT GELUGOR, TIADA CALON DARI BN - SEKITAR PENAMAAN CALON

PRK Bukit Gelugor saksikan saingan empat penjuru


Barisan calon PRK Parlimen Bukit Gelugor (dari kiri) Cheng Guan, Mohamed Nabi Bux, Ramkarpal Singh dan Abu Backer Sidek

GEORGETOWN - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon DAP, Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua calon bebas.

Pegawai Pengurus PRKecil Bukit Gelugor, Kapten (B) Anuar Yahya mengumumkan bahawa Ramkarpal Singh, 38, sebagai calon DAP, Naib Presiden PCM Datuk Huan Cheng Guan, 53, mewakili parti itu manakala Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, 63, dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan, 46, sebagai calon Bebas.

Mohamed Nabi Bux akan menggunakan simbol bunga manakala Abu Backer Sidek simbol kuda.

BN tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu selepas MCA memutuskan untuk tidak bertanding.
 
Pengumuman itu dibuat pada 10.15 pagi ini selepas proses penamaan calon tamat di pusat penamaan calon di Dewan Sri Pinang di sini.

Terdahulu, Cheng Guan menyerahkan kertas pencalonan pada pukul 9.01 pagi, manakala Mohamed Nabi Bux berbuat demikian pada pukul 9.02 pagi diikuti Ramkarpal Singh pada pukul 9.13 pagi dan Abu Backer Sidek pada pukul 9.41 pagi.

PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP akibat nahas jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak 17 April lepas.

Pada PRU13 lalu, Karpal Singh memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi mengalahkan calon BN, Teh Beng Yeam yang memperoleh 13,597 undi.

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam


Hari penamaan calon untuk pilihan raya kecil Bukit Gelugor.


Calon-calon berkumpul di Dewan Sri Pinang, sekitar Light Street, Pulau Pinang.

Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Karpal Singh pada 17 April akibat kemalangan jalan raya.

Dalam pilihan raya umum lalu, tokoh DAP itu menang dengan majoriti besar 41,778 mengalahkan lawannya daripada BN Teh Beng Yeam.

Setakat ini, lima individu menunjukkan minat bertanding, termasuk anak Karpal, Ramkarpal daripada DAP dan Naib Presiden Parti Cinta Malasia (PCM) Huan Cheng Guan.

Manakala di pihak bebas pula Mohamed Nabi Bux, Yacoob Mohd Noor dan Abdul Bakar Sidek.

MCA tidak akan bertanding. Bagaimanapun, Pengerusi BN membayangkan akan terdapat calon mesra BN.

Siapakah calon misteri itu?


Pautan kekal imej terbenam
LAPORAN LANGSUNG

9.10am: Dewan Sri Pinang – Calon bebas Mohamed Nabi Bux dan Huan Cheng Guan daripada PCM memasuki pusat penamaan calon bagi menghantar borang masing-masing.


Mohamed Nabi Bux ditemani bekas pemimpin parti KITA yang juga pernah aktif bersama PKR sebelum ini, Zamil Ibrahim.

“Saya datang untuk sokong mana-mana calon yang bukan daripada DAP,” kata Zamil.

Mohamed Nabi Bux sebelum itu diiringi kira-kira 100 penyokong yang hadir bersama kain rentang prohudud (atas) yang mahu hukuman itu dijalankan di Pulau Pinang pada tahun 2020.

8:50am: Esplanade – Pemimpin-pemimpin kanan Pakatan, termasuk Lim Guan Eng (DAP), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) dan Datuk Seri Wan Azizah Ismail (PKR) bergerak ke Dewan Seri Pinang.

Mereka diiringi paluan kompang dan gendang Cina.

8.40am: Huan dari PCM tiba bersama kira-kira 30 orang penyokongnya (bawah).

Lima minit sebelum itu, Ramkarpal tiba dengan kereta pacuan empat roda, diiringi Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan saudaranya Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh.

Mereka akan berkumpul ke pusat penamaan dengan kira-kira 500 penyokong.

8:15am: Speaker's Corner – Penyokong Pakatan mula berkumpul. Antara kelihatan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail (bawah, berkipas), timbalannya Azmin Ali dan pemimpin PAS Mujahid Yusof Rawa.

Kuil Goddess of Mercy, Pitt Street – Huan berdoa untuk sebuah pilihan raya yang aman.

“Saya juga berdoa supaya tidak hilang deposit,” katanya berseloroh.

Ditanya sama ada beliau akan menjadi calon mesra BN, beliau membalas dengan berkata setiausaha agung DAP lebih mesra dengan parti itu berbanding dirinya.

“Lim Guan Eng lebih mesra BN daripada saya, ambil gambar selfie dan berpeluk dengan pemimpin BN,” katanya.

8.10am: Dewan Sri Pinang – Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kelihatan memeriksa persediaan untuk proses penamaan calon.

Beliau sempat tunjukkan sekeping kertas dengan pilihan logo-logo berbeza kepada media.

“Saya tunjukkan ini kerana mungkin akan ada banyak calon bebas,” katanya.

7.30am: Cuaca cerah pagi ini dijangka lebih melicinkan proses penamaan calon.
 
Sumber Berita Dari Blog KedahKini

No comments:

Post a Comment