PRK Bukit Gelugor hanya akan menambah badi kekalahan MCA, kata penganalisis

OLEH ANISAH SHUKRY

Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan (keempat dari kiri) mengumumkan parti itu tidak akan bertanding di PRK Bukit Gelugor di Ibu Pejabat MCA di Jalan Kedah, Pulau Pinang pada 10 Mei 2014. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 12 Mei, 2014.  
Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan (keempat dari kiri) mengumumkan parti itu tidak akan bertanding di PRK Bukit Gelugor di Ibu Pejabat MCA di Jalan Kedah, Pulau Pinang pada 10 Mei 2014. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 12 Mei, 2014. 
Penganalisis mengatakan alasan menumpukan isu hudud oleh MCA untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor sebagai "lawak besar", sebaliknya menegaskan kekalahan sememangnya menanti parti itu.

Penganalisis memberitahu The Malaysian Insider, MCA mengetahui sekiranya mereka terus bertanding ia hanya akan menambah malu mereka, tambahan mereka sedang bersiap-sedia untuk masuk semula ke dalam Kabinet.

"Hanya segelintir akan mengundi MCA di Bukit Gelugor kerana simpati dan rasa hormat mereka kepada sumbangan bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh," kata Prof Dr Andrew Aeria dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

"PRK ini mudah buat DAP, dan Barisan Nasional (BN) tahu tentang ini."

"MCA tidak mahu bertanding kerana mahu lawan hudud? Ha.... ha.... ha.... Satu alasan yang lawak," katanya tertawa.

Sabtu lalu, MCA mengumumkan tidak akan bertanding di Bukit Gelugor untuk menumpukan kepada isu melibatkan Perlembagaan berpunca daripada tindakan kerajaan PAS Kelantan memperkenalkan hudud.

Bagaimanapun, PAS semalam mengumumkan penangguhan pelaksanaan undang-undang kontroversi tersebut, memandangkan Putrajaya menubuhkan satu jawatankuasa bersama untuk membincangkan isu tersebut.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata mengakui keputusan tersebut diambil memandangkan prestasi buruk parti tersebut, sebaliknya menegaskan mereka perlu menumpukan perhatian kepada pilihan raya umum nanti.

"MCA tiada peluang untuk menang di Bukit Gelugor. Jadi, lebih baik mereka undur diri daripada memalukan diri sendiri pada ketika mereka mahu masuk ke dalam Kabinet," kata Ibrahim Suffian dari Merdeka Center.

Pada Februari lalu, delegasi pusat MCA meluluskan resolusi untuk mengambil semula jawatan Kabinet bagi meminda semula keputusan awal yang diambil mereka sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Sekiranya kalah, seorang lagi penganalisis dari Unimas, Faisal Hazis menyifatkan ia satu lagi tamparan hebat kepada MCA.

Beliau juga mengganggap keputusan mengundur diri tersebut bukan sahaja menunjukkan MCA bimbang akan kalah, tetapi juga mencerminkan imej pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Berdasarkan pengumuman Najib, ia bukan sahaja keputusan strategik MCA tetapi juga untuk BN. Jika tidak, Najib pastinya mahu parti komponen BN lain bertanding, tetapi beliau tidak lakukannya," katanya.

"Mereka bimbang BN akan dimalukan di Bukit Gelugor, tambahan jika faktor sumbangan Karpal diambil kira, kepimpinan lemah Najib dan kenyataan oleh Isma baru-baru ini."

Beliau berkata penolakan ke atas MCA juga mencerminkan imej BN.

"Pengundi pastinya akan menggunakan pilihan raya ini untuk menyatakan referendum mereka ke atas sikap Najib yang mendiamkan diri dalam politik perkauman yang ditunjukkan oleh mereka yang pro-Umno dan Isma."

"Menariknya, kalau dahulu BN menang tanpa bertanding, tetapi sekarang ia sudah terbalik," katanya.

Bagi Dr Mansor Mohd Noor, profesor dalam bidang sosiologi dan hubungan etnik dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata keputusan MCA tersebut memberi peluang kepada BN untuk mengkaji semula formula meletakkan calon berasaskan kaum.

"Ini menunjukkan BN mengkaji semula formula mereka yang selama ini dalam memilih calon mengikut kaum. Tetapi kita boleh melihat BN tidak memenangi sebarang kerusi bandar dalam pilihan raya, dan formula mereka ini gagal."

"BN perlu memupuk ahli politik generasi baru yang mewakili lebih daripada satu kaum dan boleh mendekati rakyat. Pakatan Rakyat (PR) mempunyai pemimpin muda, pemimpin yang dinamik seperti (Ahli Parlimen Pandan) Rafizi Ramli, tetapi anda tidak melihat ketokohan dalam BN yang kebanyakannya terdiri daripada ahli politik veteran," kata Mansor.

Semasa PRU13 lalu, mendiang Karpal menewaskan Teh Beng Yeam dengan majoriti 42,706 undi dan DAP dijangka mempertahankan kerusi tersebut dengan meletak anak mendiang, Ramkarpal Singh.

Sumber Berita Dari TMI

No comments:

Post a Comment