Presiden arah menangkan 'calon PAS', kata DHPP

DZULFIKAR MASHOOR
GEORGE TOWN: Lebih 50 orang anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) telah diturunkan untuk membantu kempen 'calon PAS' Ramkarpal Singh Deo a/l Karpal Singh sepanjang berlangsungnya PRK Bukit Gelugor.

Asokan a/l Parumal yang baru dilantik sebagai Ketua Penerangan DHPP dan Pengerusi DHPP Pulau Pinang semalam memberitahu pagi ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyuruh pihaknya membantu kempen Pakatan Rakyat dalam kalangan pengundi bukan Islam.

"Tok Guru (Abdul Hadi) minta fokus penerangan kepada pengundi bukan Islam, khususnya di kawasan mengundi Kampung Melayu, Sungai Gelugor dan Taman Tun Saadon," ujar Asokan tadi, semasa ditemui di pekarangan Pusat Penamaan Calon PRK Bukit Gelugor, Dewan Sri Pinang di sini.

Mengulas mengenai Ramkarpal yang dianggap sebagai 'Calon PAS Guna Bendera Roket', Asakan memberitahu, pendirian Tuan Guru Abdul Hadi dan timbalannya, Mohamad Sabu akan terus membuntukan Barisan Nasional, walaupun tiga calon bebas ditaja bertanding oleh pihak tertentu.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

No comments:

Post a Comment