Pemuda MCA ketuai demo anti-hudud di HQ PAS

 
Kira-kira 30 ahli Pemuda MCA, persatuan Cina dan NGO mengadakan protes selama lima minit depan ibupejabat PAS bagi membantah rancangan parti itu membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai hudud.

Kumpulan itu yang diketuai Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Tan Kok Eng, berkumpul kira-kira jam 10 pagi tadi bersama kain rentang dan plakad yang bertulis, "Say No to PAS Hudud".

Tan kemudiannya menyerahkan memorandum kepada seorang kakitangan PAS Fadhil Osman, menggesa parti Islam itu menghormati Perlembagaan Persekutuan.

"Kami tidak fikir Malaysia adalah negara Islam," kata Tan dalam sidang media selepas protes itu.

Bagaimanapun, Tan berhati-hati apabila ditanya mengenai tawaran Umno untuk membantu PAS bagi melaksanakan undang-undang jenayah Islam itu di Kelantan.


Sumber Berita Dari MalaysiaKini

No comments:

Post a Comment