PAS sekarang nie penuh dengan Pemimpin & Ahli yang 'pening lalat pemikirannya'

Kesian dengan Mohamad Sabu....

Pesuruh Jaya PAS Pulau Penin
Mohamed Nabi berkata beliau telah bermimpi bahawa hudud akan dilaksanakan di Pulau Pinang pada tahun 2020. Ini yang membuatkan beliau begitu bersemangat sekali untuk bertanding?

 Rupa-rupanya mamak ni adalah juga seorang ahli Umno yang telah berjaya menyelinap menjadi ahli PAS.

 Saya percaya ramai lagi yang sepertinya sedang berada dalam PAS.

 PAS perlu memantau ahli-ahlinya dan berani bertindak tegas apabila didapati melakukan kerja-kerja yang merugikan parti. PAS jangan berlengah-lengah bertindak ke atas mereka yang buat kerja-kerja sabotaj ke atas jemaah dan juga yang belot dan buat kerja-kerja khianat terhadap rakan dalam Pakatan Rakyat.
PAS gagal mengambil tindakan terhadap kerja-kerja khianat macam ini
Saya percaya Mohamad Nabi bertindak sedemikian rupa adalah sebagai susulan ke atas peristiwa PRU-13 Kota Damansara di mana TGHA telah ‘bypas’ PAS Selangor dalam memberikan tauliah calon untuk PAS bertanding di situ setelah beliau sendiri sebelum itu telah mengeluarkan kenyataan menuduh adanya calon-calon PKR yang berfahaman kominis, jual Pil Kudha dan sebagainya….

Inilah akibatnya, apabila tidak ada apa-apa tindakan diambil walaupun untuk disiasat atau dihadapkan kepada Jawatankuasa Disiplin.

Jemaah tidak diberikan penjelasan yang kukuh terhadap kejadian tersebut dan dibiarkan terus berlalu. Post Mortem Pilihanraya yang dijanjikan itu pun tak keluar-keluar walaupun sudah hampir satu tahun, alahai Dr Zul....
 
Jangan salahkan Mohamad Nabi semata-maa di atas tindakan bodohnya itu kerana kepimpinan PAS seolah-olah merestui perkara sebegini berlaku. Mohamad Nabi, sebagai ahli Umno yang berjaya menyelinap ke dalam PAS sekadar menggunakan kesempatan itu untuk membuktikan betapa baculnya kepimpinan PAS yang ada kini.

Kita mahu lihat ketegasan PAS kali ini. Apakah PAS akan buat alasan serupa sebagaimana di Kota Damansara? Adakah kali ini kerana DAP tidak bersetuju dengan Hudud? Kesian kat PJ PAS yang baru tu…. tentu penin dibuatnya!

Mohamad Nabi adalah AHLI UMNO CAWANGAN KAMPONG BANJAR
 DUN GOMBAK SETIA BAHAGIAN GOMBAK NEGERI SELANGOR 
dengan nombor keahlian 02700360.
 Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie

No comments:

Post a Comment