NGO cadang Mat Sabu bertanding di Bukit Gelugor terangkan hudud

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohamad Sabu dikatakan calon sesuai bertanding di Parlimen Bukit Gelugor. Gambar fail.Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohamad Sabu dikatakan calon sesuai bertanding di Parlimen Bukit Gelugor. Gambar fail.
Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin mencadangkan DAP memberi laluan kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diletakkan sebagai calon Pakatan Rakyat di Bukit Gelugor bagi membolehkan PAS menjelaskan isu hudud sepanjang kempen pilihan raya kecil itu, lapor Sinar Harian.

Presiden badan bukan kerajaan (NGO) itu, Ramesh Rao, berkata Mohamad adalah calon yang baik diletakkan di situ untuk memastikan hudud difahami masyarakat bukan Islam, dan ia juga bersesuaian dengan semangat muafakat dalam Pakatan.

“Saya mencadangkan pucuk pimpinan DAP, memberi peluang kepada Mat Sabu daripada PAS untuk bertanding di PRK Bukit Gelugor."

“Seperti mana kita ketahui kawasan Parlimen Bukit Gelugor adalah majoritinya masyarakat Cina dan kaum tersebut tidak fahami hudud, jadi ini adalah peluang terbaik untuk PAS menjelaskan pengertian hukum itu kepada kaum Cina."

“Kalau lihat dalam konteks muafakat PR pula, tidak salah sekiranya PAS dipilih sebagai calon di kawasan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mat Sabu ditewaskan oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Othman Abdul bagi kerusi Parlimen Pendang.

Sehubungan itu, Mat Sabu tidak memegang mana-mana kerusi Parlimen lagi, oleh itu Mat Sabu yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu dilihat layak untuk bertanding di Bukit Gelugor.

Dalam perkembangan sama, Ramesh menggesa kerusi Teluk Intan juga diberikan kepada PAS.

“Ini adalah peluang terbaik untuk PAS menjelaskan hudud di kawasan Teluk Intan, sekiranya calon di PRK itu dalam kalangan ahli PAS,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Mei ini sebagai hari mengundi PRK Bukit Gelugor selepas ahli Parlimen kawasan itu, Karpal Singh maut dalam kemalangan jalan raya pada 17 April.

Sementara, PRK Parlimen Teluk Intan perlu diadakan ekoran wakil rakyatnya dari DAP, Seah Leong Peng, 48, meninggal dunia kerana kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Khamis lalu.

Sumber Berita Dari TMI

No comments:

Post a Comment