NGO buat laporan polis terhadap ADUN DAP

Majlis Jalinan Muafakat Malaysia (MJMM) membuat laporan polis terhadap ADUN Tanjung Bungah dari DAP, Teh Yee Che yang membuat cadangan penubuhan jawatankuasa transgender untuk membela golongan maknyah.

Pengerusi MJMM Abd Rani Kulup Abdullah berkata cadangan penubuhan jawatankuasa yang disebut beliau sebagai jawatankuasa 'Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender' (LGBT) itu boleh menghancurkan keharmonian negara ini.

Menurutnya, DAP sebagai sebuah parti politik, tidak patut menyokong kegiatan 'tidak bermoral' dan golongan yang didakwanya mengamalkan 'seks bebas' di negara ini.

"Kegiatan yang tidak bermoral tak seharusnya disokong oleh parti politik."

"Kita tengok pihak parti politik seolah merestui perkara ini," kata Abd Rani kepada kiniTV selepas membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng semalam mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa cadangan Teh telah ditarik balik.

Menurut Lim, ia ekoran ADUN lain meminta beliau menarik usul tersebut ekoran tiada penyokong usul berkenaan.

Lim berkata, ia dibuat atas permintaan ADUN dan ahli Parlimen DAP Pulau Pinang dalam satu mesyuarat di Komtar.

Teh sebelum ini mencadangkan usul penubuhan jawatankuasa tersebut bagi membantu golongan transgender dengan peruntukan sebanyak RM200,000.

Beliau turut  pernah membawa usul yang sama melalui exco kerajaan negeri pada Jun tahun lalu, namun usul berkenaan ditolak. 


Sumber Berita Dari MalaysiaKini

No comments:

Post a Comment