KINI GILIRAN NAJIB PULA AKUI YANG UMNO DIPENUHI DENGAN AHLI YANG KURANG CERDIK....???

Dulu Tu M cakap para pemimpin UMNO bodoh-bodoh belaka dan penyokong serta ahlinya lagi bodoh.... kini Najib Razak pula akui betapa perlunya kaum intelek dipujuk dan dipikat agar menyertai UMNO dan terus diangkat menjadi pemimpin dibeberapa peringkat dalam hiraki UMNO.

Jadi Najib secara tidak langsung akui yang para pemimpin UMNO yang ada kini langsung tidak intelek.... kata tepat dan mudah ialah jenis bangang, bahalol, biol, bengap, bodoh, badigol dan bingung.

Sebagai parti yang ingin terus berkuasa, Umno perlu melihat kepada kekuatannya selain sedar dengan kelemahannya yang boleh diperbaiki, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Umno perlu melalui proses muhasabah diri sepanjang masa dan bersikap lebih terbuka dalam melakukan penambambahbaikan termasuk anggotanya.

"Umpamanya, dalam persekitaran politik hari ini, kita perlu melihat bahawa Umno tidak boleh terus bergantung semata-mata kepada kawasan luar bandar sahaja, tetapi perlu beri perhatian kepada kawasan semibandar dan apa yang dikatakan kampung-kampung bandar."

"Wujudnya kawasan perumahan di bandar tanpa (adanya cawangan) Umno adalah perkara yang harus diberi perhatian oleh kita semua," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Umno ke-68 di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut hadir Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib berkata Umno juga perlu melihat kepada usaha menarik golongan intelek dan cendekiawan menganggotai parti bagi memastikan parti tidak ketandusan nilai intelek dalam kepimpinan di semua peringkat.

Najib yang juga Perdana Menteri berkata golongan ulama harus diberi perhatian untuk duduk sebaris dengan Umno bagi menentukan masa depan Islam dan umatnya.

Beliau turut meminta anggota Umno supaya memahami tentang kepesatan media sosial masa kini dan peranan yang boleh dimainkan mereka menerusi internet bagi meluaskan pengaruh.

"Kita mesti faham kalau dalam media sosial kita tidak boleh bersikap hentam semberono sahaja. Bukan bilangan yang dikatakan blogger yang penting tetapi pengaruh mereka itulah yang menentukan keberkesanan atau pengaruh kita yang sebenarnya," katanya.


Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment