INILAH WAJAH WANITA MCA YANG PELUK NAJIB KELMARIN YANG HANYA DISIARKAN DI AKHBAR BERBAHASA CINA SAHAJA....!!!

Insiden gempar ini berlaku semasa Najib melancarkan kempen transformasi MCA bertemakan "Teguh Bersama" di ibu negara kelmarin.

Dengar bunyinya terlalu gembira apabila Najib Razak menawarkan jawatan kabinet semula kepada MCA....

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkata beliau akan menentukan masa yang sesuai untuk MCA menyertai semula kabinet, kerana sebagai sebahagian daripada BN, ia tidak boleh terus beroperasi di luar kerajaan.

Beliau juga berjanji kepada masyarakat Cina bahawa jika adil, kerajaan akan memberi pertimbangan serius kepada permintaan mereka mengenai perubahan dasar yang dibuat melalui MCA.

"Saya mengalu-alukan MCA menyertai kerajaan dan kabinet," katanya sambil menambah bahawa beliau akan memutuskan tentang butiran dan masanya.

Beliau menegaskan demikian ketika berucap kepada 3,000 hadirin yang terdiri daripada ahli MCA dan pemimpin NGO dan persatuan Cina di majlis pelancaran kempen transformasi MCA bertemakan 'Teguh Bersama' di perhimpunan perpaduan parti itu di ibunegara.

Perdana menteri berkata, jika MCA bercakap untuk menjadi lebih kuat, maka ia mesti berada di dalam kerajaan.

"Bersama-sama kita melakar masa depan Malaysia dan merangka dasar-dasar yang adil kepada semua masyarakat," tambahnya.

Menurutnya, jika masyarakat Cina memerlukan kerajaan melihat semula beberapa dasarnya dan membuat penyesuaian dan jika permintaan itu adil, maka "sudah tentu kita akan memberi pertimbangan serius kepada MCA".

Bagaimanapun, kata Najib, sebagai "bapa kepada 13 anak" - merujuk kepada parti komponen BN - beliau mesti mendengar suara dan pandangan mereka semua.

MCA memutuskan untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan selepas kehilangan sokongan besar masyarakat Cina dalam pilihan raya umum lepas.

Bagaimanapun, keputusan itu ditarik balik semasa mesyuarat agung luar biasa parti itu Februari lalu.

Perdana menteri berkata, cabaran kepimpinan selama ini menyumbang kepada kelemahan MCA dan bagi memulihkan kekuatannya, parti itu mesti bermula dengan membina semula perpaduan dalam parti.


Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment