Bubar DUN, beri rakyat kuasa pilih kerajaan Terengganu, kata PAS

OLEH MD IZWAN

Dewan Undangan Negeri Terengganu patut dibubarkan untuk beri kuasa kepada rakyat pilih kerajaan, kata Ahli Parlimen PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. Gambar fail The Malaysian Insider. Dewan Undangan Negeri Terengganu patut dibubarkan untuk beri kuasa kepada rakyat pilih kerajaan, kata Ahli Parlimen PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. Gambar fail The Malaysian Insider. 
Ahli Parlimen PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dibubarkan bagi memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih pemerintah negeri tersebut.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, langkah membubarkan DUN adalah jalan terbaik selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno keluar parti dan menjadi bebas.

"Apa pun rakyat Terengganu tentu mengharapkan yang terbaik daripada pemerintah."

"Berikan mandat kembali kepada rakyat walau apa pun terjadi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan seorang lagi Adun Ajil, Ghazali Taib keluar parti beberapa jam selepas peletakan jawatan bagi memberi laluan kepada Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang dilantik sebagai MB semalam.

Tidak berapa lama selepas itu, Adun Bukit Besi, Roslee Daud turut keluar Umno menjadi Adun Bebas.

Tindakan tersebut menyebabkan komposisi DUN yang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN) di Terengganu berubah dan menjadikan jumlah kerusi parti itu 14 berbanding Pakatan Rakyat (PR) 15.

Khairuddin berkata, pilihan raya semula adalah jalan untuk melihat sama ada rakyat menerima keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam menukar menteri besar Terengganu.

"Beri mandat kepada rakyat untuk buat keputusan."

"Pilihan raya peringkat negeri akan menjadi pungutan suara rakyat Terengganu terhadap pelbagai agenda perubahan yang dicanangkan perdana menteri,” katanya.

Beliau memberi amaran walaupun ketiga-tiga Adun tersebut menjadi bebas, kemungkinan besar untuk mereka berpatah balik dan menyokong semula BN ada, oleh sebab itu mengadakan pilihan raya adalah langkah terbaik.

"Dalam politik apa pun boleh berlaku. Dua Adun tadi mungkin sahaja kembali ke pangkuan Umno jika kena gaya pujukan berbisa Najib," katanya.

Sekiranya langkah membentuk kerajaan campuran antara BN, PAS dan PKR, Khairuddin berkata situasi tersebut tidak berhasil kerana tidak akan membawa kestabilan kepada kerajaan negeri.

"Namun, pilihan ini juga tidak mudah kerana melibatkan banyak pihak dan dasar parti."

"Ia boleh menjadi sejarah cubaan terkini penyatuan umat Islam, tetapi ia tidak membawa kepada kestabilan kepada kerajaan negeri juga," katanya.

Ahmad, Ghazali dan Roslee meletakkan jawatan daripada parti pemerintah itu beberapa jam selepas Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai menteri besar, mengesahkan spekulasi dua menteri besar akan ditukar setahun selepas PRU13.

Sumber Berita Dari TMI

No comments:

Post a Comment