BERITA AMAT MENGEMBIRAKAN PARA PENYOKONG UMNO DI TERENGGANU.... CUKAI PINTU AKAN NAIK SEHINGGA 200% MULAI AWAL TAHUN HADAPAN....!!!

KUALA TERENGGANU: Pengumuman kenaikan kadar baru cukai pintu di negeri Terengganu yang akan bermula awal tahun depan disifat membebankan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Isu Kenaikan Cukai Pintu Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, kenaikan sehingga 200% itu antara faktor menyumbang kenaikan kos sara hidup rakyat negeri terbabit.

Katanya, pihak jawatankuasa sudah menghantar memorandum bantahan kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terhadap kenaikan kadar baru itu pada Selasa.

Ahli parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrain Shah berkata, kenaikan itu kelak bakal menyusahkan rakyat.

“Kebelakangan ini sudah banyak kenaikan kos sara hidup berlaku termasuk harga letrtik dan minyak serta GST yang akan datang. Ini merupakan tamparan yang lebih hebat dan cabaran getir kepada rakyat,” katanya.

Nota bantahan diserahkan kepada Pegawai tadbir Pejabat Datuk Bandar, Mohamad Muda.

16 Januari lalu, menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan cadangan menaikkan cukai pintu di kawasan pentadbiran MBKT berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.

Kadar baru itu dikatakan bagi menanggung beban kewangan kerajaan berikutan kadar cukai lama yang masih diguna pakai sejak tahun 1981.

Cukai pintu ke atas pemilik kediaman serta premis perniagaan di negeri itu adalah kadar yang ditetapkan sejak 32 tahun lalu walaupun nilai semasa didakwa sudah meningkat berkali ganda.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment