Bantah GST: Pemuda Gerakan selar KSN

KUALA LUMPUR: Pemuda Gerakan menyelar kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa yang memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap penjawat awam yang terlibat dengan himpunan Bantah GST di ibu negara Khamis lalu.

Menyifatkannya sebagai menentang prinsip demokrasi, ketuanya Tan Keng Liang menggesa Ali supaya tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan di tangannya sendiri dan membelakangkan Perlembagaan Persekutuan.

“Jika Ketua Setiausaha merasakan bahawa terdapat penjawat awam telah melanggar undang-undang seperti yang ditetapkan Akta Perhimpunan Aman 2013, beliau sepatutnya melaporkan perkara itu kepada polis untuk satu tindakan dibawah undang-undang negara," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

“Penjawat awam adalah rakyat Malaysia juga dan mereka tidak sepatutnya diancam dengan pemecatan atau penamatan perkhidmatan mereka hanya kerana mereka melakukan hak-hak mereka seperti yang tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan," tegasnya.

Dalam pada itu, selain ancaman penamatan perkhidmatan, Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda pula melabelkan penjawat awam yang terlibat dengan himpunan itu sebagai pengkhianat.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

No comments:

Post a Comment