Akhirnya Wanita Cantik Ini Diarah Letak Jawatan

Yingluck Didapati Bersalah, Diarah Letak Jawatan 
BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand pada Rabu mengarahkan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra meletak jawatan selepas didapati bersalah atas tuduhan menyalahguna kuasa.

Yingluck didakwa menyalahgunakan kuasa dalam kes pertukaran Ketua Majlis Keselamatan Negara Thawil Pliensri pada 2011.

Mahkamah memutuskan bahawa proses pertukaran itu dijalankan dengan niat tersembunyi yang melanggar perlembagaan.

Sebelum ini dalam pembelaan dirinya, Yingluck menafikan menyalahgunakan kuasanya, dengan berkata beliau tidak mendapat sebarang manfaat daripada kes itu dan pertukaran itu dibuat bagi manfaat pentadbiran negara.

Sumber Berita Dari Blog Mountdweller

No comments:

Post a Comment