Abah Saya Bukan Militan....

Solahuddin (kiri) bersama bapa saudaranya Mohd Zainon Ariffin di Kampung Tembak.


KUALA KETIL - ’Abah pesan belajar rajin-rajin dan jaga adik-adik serta mak,” kata Ahmad Solahuddin, 17, anak sulung kepada Mohd Lotfi Ariffin.

Menurut Solahuddin kali terakhir bertemu dengan bapanya iaitu pada 31 Januari lalu selepas selesai menunaikan solat Jumaat bersama-sama di Masjid Padang Serai.

“Dalam kalangan adik-beradik saya paling rapat dengan abah. Selalu juga ikut dia pergi khutbah dan ceramah."

“Paling saya kagum dengan abah adalah ilmunya. Dia juga kerap melayari internet selain membaca kitab untuk mengetahui perkembangan semasa mengenai kezaliman yang berlaku dalam dunia akhir zaman termasuk keadaan di Syria,” katanya.

Solahuddin berkata, bapanya menaruh harapan tinggi terhadapnya supaya dapat menjadi seorang penceramah sepertinya kelak.

“Memang terdetik juga rasa sedih dan kehilangan dengan ketiadaannya, namun saya tahu dia melakukan perkara yang sewajarnya."

"Bagi saya, abah pergi berjihad kerana berjuang menolong umat Islam yang ditindas. Setiap kali lihat penindasan ke atas umat Islam menerusi internet, abah selalu kata geram dan nak lawan musuh Islam. Sudah tentu abah bukan seorang militan," katanya.

Menurutnya, dia bersama lima adik dan ibunya sentiasa mendoakan keselamatan bapanya di sana.


Sumber Berita Dari Bloglist Malaysia

No comments:

Post a Comment