2 FOTO KEHADIRAN TUN MAHATHIR DALAM PERBICARAAN KES ANTI HADIS KASSIM AHMAD BUKAN SEBAGAI SAKSI TETAPI SEBAGAI SOKONGAN MORAL....!!!

Pada 27 Mac lepas, Kassim, 81, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu dalam 'Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian Hala Tuju Bangsa dan Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang' di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8 di sini pada 15 dan 16 Feb lepas.

Kassim antaranya dituduh menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina selain mengingkari pihak berkuasa agama, perintah Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, Majlis Agama Islam atau Mufti.

Kassim dituduh mengikut Seksyen 7 (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 9 akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan

Turut hadir di mahkamah ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad dan anaknya Marina.

Sementara itu, menerusi blog penulis dan wartawan Thailand, Astora Jabat yang hadir semasa perbicaraan yang sama memberitahu, Mahathir turut serta bersama-samanya. Astora turut memuat turun gambar Mahathir.

Ketika dihubungi Bernama mengenai kehadiran Mahathir, Ibrahim berkata, Mahathir hadir bukan sebagai saksi kerana tiada sebarang sapina diserahkan kepadanya sehingga hari ini.

Dr Mahathir dikatakan terlibat dalam perasmian seminar tersebut.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment