KOTA BHARU: Umat Islam di seluruh dunia hendaklah bangkit mempertahankan Masjidil Aqsa ekoran tindakan biadap tentera Israel mencemari kesuciannya.

Presiden Cakna Palestin, Wan Mohd Syarafi Wan Mustaffa berkata, semalam berlaku pertempuran sehingga membunuh 30 pemuda murabithin yang menjaga Masjidil Aqsa.

Katanya, pemuda terbabit sanggup mengadaikan nyawa dan jiwa bagi mempertahankan kiblat pertama umat Islam.

“Tentera Israel bukan sekadar menyerang pemuda terbabit, malah semakin biadap dengan membedil menara Masjidil Aqsa."

“Suatu masa dahulu kita digemparkan dengan peristiwa pembakaran mimbar Masjid Al Aqsa, namun umat Islam diam membisu."

“Kini tidak mustahil tragedi yang lebih dashyat berlaku, sedangkan kita pula semakin lumpuh akal dan jiwa,” katanya di sini.

Masjidil Aqsa milik Palestin kini dikawal rejim Zionis. Yahudi juga menggali terowong di bawah pagar Masjid al-Aqsa yang diruntuhkan.

Penjajah Yahudi dikatakan berkerja siang dan malam menggali terowong yang tersembunyi dari pandangan umum.

Wan Mohd Syarafi berkata, umat Islam di seluruh dunia hendaklah bangkit tanpa mengharapkan sekumpulan anak muda Palestin sahaja mempertahankan Al Aqsa.

“Sedangkan kita di sini hanya mengeluh dan berpeluk tubuh. Memang benar apa yang dikatakan Prof Dr Yusof Qardhawi bahawa Al-Aqsa bakal berdepan dengan bahaya besar."

“Lihat sahajalah pemimpin negara Arab dan negara Islam hanya melihat sahaja tanpa tindakan yang proaktif."

“Persidangan demi persidangan diadakan, namun tiada hasil, hanya berani mengeluarkan resolusi dayus mengutuk kekejaman Israel dari jauh,” ujarnya.

Sementara itu Hamas dalam satu kenyataannya menyeru umat Islam membantu Masjidil Aqsa yang sedang dalam bahaya sekarang.

Jurucakapnya berkata, kiblat dan tempat suci umat Islam sedang dipijak-pijak musuh Allah.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

No comments:

Post a Comment