SHAH ALAM: Dasar sekatan harga subsidi kepada warga asing dalam pembelian petrol akan dihapuskan sekiranya Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), kata mantan Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakob.

Kata Dr Rosli (gambar), ini disebabkan terdapat Dasar Layanan Adil dan Sama Rata (FET) yang membolehkan warga asing di negara ini mendapat layanan sama rata berdasarkan polisi terbaik kerajaan untuk sesebuah golongan masyarakat tempatan.

“Dalam konteks harga petrol, dasar terbaik adalah memberikan harga subsidi untuk warga negara di mana ini juga akan dinikmati warga asing bila TPPA dilaksanakan."

“Mereka akan diberi hak membeli petrol pada harga sama dengan kita,” kata Dr Rosli ketika dihubungi Selangor Kini di sini.

Selain harga petrol bersubsidi, warga asing di negara ini juga bakal menikmati harga hartanah terbaik seperti mana keistimewaan potongan harga sebanyak tujuh peratus yang ditawarkan kepada golongan bumiputra.

Apabila TPPA dilaksanakan, dasar FET itu turut terpakai ke atas dasar terbaik yang diparkatikkan kerajaan bagi melindungi hak orang asli dalam banyak perkara.

Justeru itu, rakyat negara ini diseru menyuarakan bantahan dengan turun beramai di Dataran Merdeka pada 1 Mei nanti.

Sementara itu, pada 1 Mei nanti, satu perhimpunan secara besar-besaran akan diadakan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Masjid Negara, Kompleks beli belah Sogo dan Bricksfield sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Ia bagi membantah TPPA, isu kos sara meningkat dan beberapa isu lain dengan tumpuan utama membantah perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Sumber Berita Dari HarakahDaily

No comments:

Post a Comment