Tony Pua tetap berucap kepada pelajar Malaysia dalam forum alternatif di Melbourne

OLEH EILEEN NG

Ahli Parlimen Dap Tony Pua nekad untuk berucap juga kepada pelajar Malaysia di Melbourne dalam sati forum alternatif anjuran badan bukan kerajaan (NGO), selepas jemputannya dibatalkan. – Gambar The Malaysian Insider, 23 April, 2014.  
Ahli Parlimen Dap Tony Pua nekad untuk berucap juga kepada pelajar Malaysia di Melbourne dalam sati forum alternatif anjuran badan bukan kerajaan (NGO), selepas jemputannya dibatalkan. – Gambar The Malaysian Insider, 23 April, 2014.  
Walaupun disingkirkan daripada Sidang Kemuncak Malaysia Australia (MASA), ahli Parlimen DAP, Tony Pua akan terus berucap kepada pelajar Malaysia di Melbourne sebagai satu forum alternatif yang dianjurkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) hari ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu akan berucap petang ini di Multi Cultural Hub, Melbourne di mana beliau akan membicarakan isu sosio-politik dan rasuah selepas dua minggu dimaklumnya namanya digugurkan daripada persidangan MASA yang bermula semalam.

Beliau dijadualkan berucap pada 4 hingga 7 petang, waktu Melbourne.

Acara hari ini dianjurkan oleh Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) cawangan Australia.

Pua terdahulu diberitahu jemputannya ke MASA dibatalkan kerana penaja utama merasakan ia tidak memberi kepentingan kepada hadirin bagi mengundangnya sebagai panel.

Panel yang diundang termasuk Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Marina Mahathir, anak kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan berucap dengan tajuk “Wawasan 2020: Realiti atau Sekadar Mimpi?"

Perjalanan Pua ke sana turut ditemani pengasas bersama badan pemantau anti-rasuah, Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (4C), Cynthia Gabriel.

Manakala acara lain yang diadakan adalah mengumpul dana bagi projek DAP, iaitu Impian Sabah dan Sarawak yang menyasarkan untuk meningkatkan kehidupan penduduk pedalaman.

“Kebetulan saya menuju ke sana, saya menyeru NGO Malaysia jika mereka berminat menganjurkan forum dan mengumpul dana bagi projek Impian,” katanya dalam kiriman emel ringkas kepada The Malaysian Insider.

Presiden SABM, Praveen Nagappan berkata mereka merancang untuk menjemput Pua sejak sebelum ahli Parlimen dua penggal itu digugurkan daripada MASA lagi.

“Pertukaran acara itu menyebabkan kami membuat perubahan dalam forum dan agenda forum dengan membenarkan penyertaan pelajar,” katanya dalam satu emel kepada The Malaysian Insider.

Katanya, ‘ahli pertubuhan’ juga dalam senarai kehadiran, namun tidak mendedahkan nama mereka.

Keputusan MASA menggugurkan Pua mengeratkan lagi hubungan pelajar Australia di sana.

“Pua di Sydney pada Isnin memberikan ucapan kepada sekumpulan pelajar sementara hari ini menjadi panel dalam sebuah forum yang dianjurkan Persatuan Pelajar Malaysia Universiti Canberra di Australia."

Pua diberitahu MASA, beliau tidak lagi diundang menyertai forum itu seminggu selepas Universiti Malaya tidak membenarkan peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berucap di konvensyen undang-undang di Kuala Lumpur.

Antara penaja acara itu adalah Shell Malaysia, Astro, Education Malaysia Australia, Ayam Brand, Majlis Alumni Malaysia Australia dan Kelab Umno Australia.

Pua dalam laman Facebook tidak menyalahkan Majlis Pelajar Malaysia Australia akibat pembatalan itu.

“Jelas penaja untuk kerajaan berniat menyempitkan minda pelajar kita melalui menghalang kehadiran pemimpin pembangkang selama sejam dalam acara yang berlangsung selama empat hari,” katanya.

Sumber Berita Dari TMI

No comments:

Post a Comment