Setelah Pulau Batu Putih Mata Kini Pulau Pisang pulak nak terlepas ke tangan SINGAPORE....

Setelah laporan polis dibuat berkenaan Pulau Batu Putih yang baru sahaja terlepas ketangan Singapura diatas kesilapan kita sendiri kini tumpuan beralih pula ke Pulau Pisang yang terletak 15 kilometer dari Pontian Kechil di perairan laut Selat Melaka iaitu antara laluan perkapalan yang tersibuk dan sesak didunia.
Untuk pengetahuan semua di Pulau Pisang terdapatnya Rumah Api yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Pelabuhan & Maritim Singapura diatas keputusan yang telah ditandatangani antara Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim dengan pihak Inggeris yang menjaga Singapura dibawah negeri-negeri Selat sejak tahun 1900 lagi dan rumah api itu dibina pada tahun 1914.
Pulau tersebut berkeluasan 178.4 hektar dan rumah api itu sahaja adalah kira-kira 0.4 hektar dan republik Singapura turut dibenarkan membina jeti serta laluan darat ke rumah api tersebut bagi kemudahan rakyatnya.
Persoalannya mengapa kita yang telah 50 tahun merdeka masih memerlukan bantuan Singapura untuk mengawal selia rumah api tersebut, adakah Jabatan Laut Malaysia tidak berupaya untuk mengawal selianya.

Mengikut maklumat yang kami terima tidak ada sesiapapun baik rakyat Malaysia mahupun pihak TLDM dan Polis Marin Malaysia dibenarkan masuk ke kawasan rumah api tersebut bahkan penggunaan jetinya juga dilarang oleh Singapura.
Sewajarnya kerajaan Malaysia mengambil pengajaran dan kebimbangan rakyat tetap ada asasnya memandangkan Singapura yang baru sahaja menang secara rasmi dalam tuntutan Batu Putih tidak mustahil ICJ juga mengambil pendekatan dan merujuk kes tuntutan yang dimenangi Malaysia iaitu Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan yang dibangunkan dan dikawal selia Malaysia di pulau tersebut.
Makanya tentunya Singapura berjaya dalam tuntutannya memandangkan penyelian rumah api dan radar tenteranya disamping faktor surat kerajaan Johor kepada Singapura pada tahun 1953 yang terus meranapkan harapan Malaysia.
Pulau Pisang 260508
 
Rakyat Malaysia mesti didedahkan isi kandungan dan perjanjian sekiranya ada antara Kerajaan Malaysia dan Singapura berhubung pengawalan seliaan Rumah Api di Pulau Pisang.
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman semalam menegaskan kedaulatan dan hak milik Pulau Pisang tetap milik kerajaan Johor sambil menambah sejak 2001 kerajaan Malaysia mengenakan syarat mengkehendaki warga Singapura yang bertugas di rumah api Pulau Pisang supaya mendaftarkan diri di Pejabat Laut dan Pejabat Imigresen di Kukup, Pontian.
Biarpun nelayan-nelayan negara ini dibenarkan menangkap ikan di Pulau Pisang, selain kebenaran terhadap penduduk tempatan Kukup untuk memungut hasil buah-buahan dari pulau itu tidak cukup buat rakyat risau dan bimbang dengan keselamatan mereka bilamana marin Singapura berulang-alik ke Pulau Pisang secara kerap seolahnya pulau itu milik mereka.
Apakah para penasihat Kementerian Pertahanan atau Panglima Angkatan Tentera tidak sedar akan perkara ini. Tidakkah kerajaan Malaysia terfikir, sekiranya berlaku konflik antara Malaysia dan Singapura, dengan mudah mereka boleh menempatkan pasukan elitnya di pulau ini. Mahukah kita buah pisang berbuah dua kali? kehilangan kedaulatan wilayah kepada pihak yang berada jauh dua kali ganda jaraknya daripada kita.
Kedaulatan Pulau Pisang!!!
Rakyat Pontian Harus Peka!!!
Pertahankan Pulau Pisang!!!
Jangan Jadi Macam Pulau Batu Puteh!!!
 
Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie

No comments:

Post a Comment