Polis harus bertindak terhadap pemilik Facebook mengatakan Wan Azizah ‘maut’, kata PKR

OLEH LOOI SUE-CHERN

Selepas Datin Seri Rosmah Mansor dihina dalam status Facebook, kini Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dikenakan dengan laman web sosial tersebut yang mengatakan beliau sudah 'menghembuskan nafas terakhir'. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014.  
Selepas Datin Seri Rosmah Mansor dihina dalam status Facebook, kini Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dikenakan dengan laman web sosial tersebut yang mengatakan beliau sudah 'menghembuskan nafas terakhir'. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014.  
Kali ini ianya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan presiden PKR serta isteri ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Wan Azizah kononnya 'mati' semalam, menurut tulisan pengguna Facebook 'Blue Wave Army'.

Pengguna tersebut menulis dalam bahasa Melayu: "Isteri ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat jam 7 petang tadi. Al-Fatihah. Dengan ini, hilanglah lagi mujahidah bangsat dalam PR. Alhamdulillah. -Syasya-"

Dalam tulisan tersebut juga disertakan gambar Dr Wan Azizah diselubungi kain putih dan satu lagi gambar beberapa lelaki sedang menggali kubur.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, PKR Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata mereka akan membuat laporan polis terhadap pengguna Facebook tersebut kerana menyebarkan berita palsu tentang kematian presiden parti mereka.

"Kami meminta pihak polis memandang serius kes ini dan mengambil langkah yang diperlukan terhadap mereka yang memuat naik gambar-gambar dan menyebarkan berita palsu ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Afif berkata mereka menjangkakan polis akan bertindak secepat ketika mereka menangkap pengguna Facebook yang memuat naik gambar isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor yang kononnya mati dalam hempasan kapal terbang di Sumatera.

Gambar yang ngeri tersebut menunjukkan badan yang bercerai dengan kepala Rosmah.

Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Syed Saifullah, segera ditahan oleh pihak polis daripada rumahnya di Seri Iskandar, Perak awal bulan ini.

"Tindakan diambil segera dalam kes Rosmah ke atas pengguna Facebook tersebut. Kami menjangkakan polis akan bertindak segera dalam kes ini juga."

"Buktikan yang pihak polis tidak mengamalkan pembanterasan jenayah yang selektif. Pihak polis mengatakan kredibiliti mereka diuji dalam kes Rosmah, jadi kini mereka sedang diuji sekali lagi. Hingga tahap mana polis ingin membenarkan pihak mereka dicabar?" kata Dr Afif.

Terdapat lima akaun Facebook yang menggunakan nama 'Blue Wave Army' apabila disemak pagi ini.

Adalah tidak jelas yang mana satu yang menulis mengenai perkara tersebut atau ianya sudah dipadamkan.

Kelima-lima akaun tersebut mempunyai tulisan menentang PKR dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Sumber Berita Dari TMI

No comments:

Post a Comment