Pengakuan Menteri - Syarikat Telekomunikasi Untung Billion2....!!!


Kat sini ada sesiapa tak pernah terima mesej-mesej bodoh dari syarikat telekomunikasi mengenai citera-cetera lucah la, gossip artis terkini la, ringtones apa bagai la?

Aku rasa semua orang pernah terima asalkan saja dia menggunakan HANDPHONE.

Dan hasil dari sembang kencang aku dan rakan-rakan aku kami menyimpulkan bahawa keadaan ini tidak boleh wujud jika ;

1. Tiada orang yang menjual no2 telefon kepada pihak tertentu (pihak ketiga).

2. Tiada kerjasama (tidak langsung) dengan syarikat-syarikat telekomunikasi gergasi di negara ini.

Bahkan ada di antara kami yang mempercayai sms-sms gila curik duit orang dalam hp (prepaid) didalangi oleh ahli-ahli korporat dalam syarikat-syarikat telekomunikasi itu sendiri. Ada syarikat-syarikat yang mereka sendiri wujudkan atas nama pihak ketiga supaya kegiatan tersebut tidak dapat dihidu oleh orang awam.

Bahkan mungkin ada kerjasama seperti beri duit kepada syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut supaya kegiatan-kegiatan tidak bermoral (curi duit orang) diteruskan.

Saksi dan bekas pekerja tue ada. Cuma nak cakap mana ek. Bukti konkrit tue takde lain. Setakat cakap-cakap. Aku rasa orang takan caya. Gila babi la kena kutuk balik punya kalau dok sebarkan cakap-cakap orang sebagai hujah semata-mata. 

HA.... HA.... HA.... HA....

Dan baru-baru neh si Shabery Cheek tah makan apa tah dia tetiba jadi cerdik sekejap. Tapi jenis limited punyalah. Ada had masa. Sampai masa ubat waras yang dia makan tue habis fungsi dia akan kembali ke perangai asalnya....

HA.... HA.... HA.... HA....

GESAAN Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya syarikat telekomunikasi di negara ini menurunkan caj penggunaan telefon ialah kenyataan yang menarik perhatian, terutama apabila beliau menyebut syarikat-syarikat gergasi ini ‘untung besar’.

Ahmad Shabery mempersoal keuntungan besar diumumkan syarikat telekomunikasi, dan mengingatkan mereka patut menjalankan tanggungjawab sosial lebih besar dengan mengurangkan kos penggunaan telefon kerana lesen mereka diberikan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

“Saya seru supaya mereka ini cuba duduk dan berfikir, bagaimana dapat kurangkan kos penggunaan berkaitan telefon (perbualan dan SMS) yang ada. Dulu mahal, kini patut makin murah.

“Sepatutnya ada tanggungjawab sosial korporat lebih besar (kepada masyarakat) selain membina menara komunikasi di luar bandar, pada masa sama mereka mesti umumkan pengurangan kos,” katanya, Februari lalu seperti dilaporkan Bernama.

Berapa besar keuntungan syarikat telekomunikasi seperti dimaksudkan Ahmad Shabery?

Memang besar, jika mengambil contoh tiga syarikat telekomunikasi negara iaitu Maxis Bhd, Celcom Axiata Bhd (Celcom) dan Digi.com Bhd (Digi).

Untuk tahun kewangan berakhir 2013, Maxis mencatat untung selepas cukai RM2.1 bilion, Celcom RM2.4 bilion dan Digi RM1.7 bilion.
-SH-

Tue diaaa

MAXIS - 2.1B

CELCOM - 2.4B

DIGI - 1.7B

Gila babi punya banyak duit untung yang diorang dapat. Bukan orang marah dapat untung banyak-banyak pun. Tapi adakah berpadanan dengan service?

Sekarang topup rm5 pun tahan 3 hari. Ada duit ke takde duit ke automatik masa ko tamat. Ko nak call balik? P topup. Ini satu bentuk paksaan pada orang-orang yang tak berapa menggunakan sms atau calling-calling untuk contact orang. Apatah lagi ini zaman internet. Wassap2 aje yooooo.... 

Adil ke cara depa cari untung macam neh?

Then bab curi-curi duit tue. Aku pernah kena la tapi semua tue dah berhenti sekarang. Kisah lama. Dan aku ingat lagi masa tue aku pernah call maxis dan mengadu. Korang tahu apa alasan depa? Maxis tiada hak untuk sekat apa-apa no dari menghantar sms bukan-bukan kepada kita. Maksudnya no2 yang curi duit kita tue la.

Ko nak report polis? Buatlah. Polis tiada kuasa nak siasat.

Ko nak mengadu kat SKMM? Buat la. SKMM pun tak kuasa nak siasat.

Ini pengakuan operator tue sendiri beb. Dia cakap sebelum aku ramai dah call dan komplen macam-macam tapi kami memang powerless. Tak boleh nak buat apa-apa dah. Laporan SKMM dan POLIS pun tak mampu menyekat syarikat-syarikat tersebut disebabkan entah.... bukan bidang kuasa or tiada dalam akta?

Aku pun tatau sebab operator tue tak bagi jawapan pun pada aku. Dia cuma cakap dia pun tatau....

Fikir fikir fikir. Kenapa syarikat-syarikat itu tumbuh bagai cendawan. Kenapa polis tak siasat? Kenapa SKMM tak siasat? Nak ikutkan komplen memang ramai dah orang komplen. Tapi apa tindakan mereka?

Haram ada....

Itu pasal aku punya sembang kencang kat atas tadinya tue, ini mungkin skim yang didalangi oleh golongan korporat yang berpadu dengan politician untuk mass songlap duit-duit kita.

CELCOM DAN MAXIS paling banyak.

DIGI aku jarang dengar orang komplen. Tapi CELCOM DAN MAXIS memang macam HARAM.

Apa pun dengan billion-billion yang depa untung tue bukan setakat service panggilan dan sms je. Internet pun ada. Depa patut dah boleh kurangkan bukan hanya caj sms, panggilan bahkan caj internet juga. Ayuh menteri. Jangan buat statement separuh masak. Ko dah patut buat kertas kerja dan usulkan cadnagan agar kadar-kadar yang ditetapkan oleh syarikat telekomunikasi ini dikaji dan diturunkan agar berpadanan dengan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Setakat buat satu statement lepas tue diam baik tak payah. Move2, lawan dorang oi Shabery Cheek!


Sumber Berita Dari Blog Ameno World

No comments:

Post a Comment