Peguam gesa Putrajaya tidak teruskan rayuan kes hasutan Karpal Singh

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Keluarga Karpal Singh kini berupaya untuk merayu terhadap sabitan di bawah Akta Hasutan terhadap beliau melalui keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1997. – Gambar The Malaysian Insider, 23 April, 2014. 
Keluarga Karpal Singh kini berupaya untuk merayu terhadap sabitan di bawah Akta Hasutan terhadap beliau melalui keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1997. – Gambar The Malaysian Insider, 23 April, 2014. 
Keluarga Karpal Singh berupaya menyingkirkan sabitan mengikut Akta Hasutan yang dikenakan terhadapnya melalui keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1997 yang membenarkan waris mendiang merayu terhadap sabitan berkenaan, kata peguam.

Peguam turut berkata, sebagai permulaan, Putrajaya perlu menggugurkan rayuan terhadap hukuman Karpal yang didenda sebanyak RM4,000.

Malah, mereka juga berkata Putrajaya juga seharusnya tidak meneruskan rayuan dan menunjukkan tiada elemen hasutan dalam kes Karpal.

Mereka berkata Karpal hanya menyuarakan pendapatnya sebagai peguam dan pemimpin berikutan krisis Perlembagaan rampasan kuasa yang menyaksikan kerajaan 10 bulan yang dibentuk Pakatan Rakyat (PR) di Perak jatuh.

Mereka memberikan respon terhadap denda RM4,000 selepas Karpal dijatuhkan bersalah melakukan hasutan pada 2009.

Karpal memfailkan rayuan terhadap pendakwaan dan hukuman dan menantikan hakim perbicaraan memberikan penghakiman sebelum membawa perkara itu ke Mahkamah Rayuan.

Bekas ketua pendakwaan di Pejabat Peguam Negara Datuk Stanley Isaac berkata, bacaan pada Seksyen 320 Kanun Tatacara Jenayah memberikan penyataan bahawa keluarga Karpal hanya boleh merayu terhadap hukuman.

Penghakiman bertulis Tan Sri Edgar Joseph daripada Mahkamah Persekutuan bagaimanapun, dalam kes Choo Cheng Liew melawan Pendakwa Awam, mengklasifikasikannya sebagai peruntukan dalam Kanun Tatacara Jenayah.

Beliau berkata kepada The Malaysian Insider, ketika merayu terhadap hukuman atau denda, pendakwaan juga boleh dicabar.

"Keputusan Mahkamah Persekutuan adalah autoriti buat Karpal merayu dan meneruskan pendakwaan dan denda," kata Isaac.

Peguam Datuk Baljit Singh Sidhu bersetuju dengan Isaac dan berkata, tiada sebarang rayuan si mati yang dijatuhkan hukuman penjara atau hukuman mati.

"Pengecualian undang-undang untuk membenarkan rayuan denda dibenarkan untuk pendakwaan atau pengurusan si mati bagi kepentingan pihak terbabit," katanya.

Peguam Joshua Tay pula berkata perlu diingat mahkamah Malaysia mengkelaskan Seksyen 320 Kanun Tatacara Jenayah yang diambil daripada Mahkamah Agung India.

Naib Presiden PKR dan peguam N Surendran berkata Putrajaya perlu menggugurkan rayuan mereka dan tidak menghalang rayuan Karpal.

"Putrajaya perlu bersetuju berlakunya salah laku keadilan dalam menghukum Karpal yang memberikan pendapat guaman," kata ahli Parlimen Padang Serai itu.

Barisan Nasional (BN) katanya sejak beberapa hari lalu, memuji Karpal sebagai pemimpin yang bagus dan harus membuktikannya.

Jika tidak, itu hanya sekadar retorik.

Putrajaya juga katanya perlu memohon maaf di mahkamah kepada keluarga Karpal terhadap kesukaran yang dialami mereka disebabkan kerajaan.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen berkata sebarang keengganan Putrajaya terhadap kes Karpal menunjukkan hak kebebasan bersuara tidak pernah berubah.

"Jika pendakwaan kekal, ia akan mencemarkan maruah, dan Karpal bertindak dengan berani sebagai peguam mempertahankan Perlembagaan," katanya.

Mahkamah Tinggi pada 21 Februari menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Karpal kerana dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan terhadap Sultan Perak.

Hakim Datuk Azman Abdullah mendapati Karpal bersalah dan mengenakan denda, meskipun pendakwa menuntut hukuman yang lebih keras.

Kesalahan pertama mengikut Akta Hasutan membolehkan pesalah dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara tiga tahun, atau kedua-duanya.

Kesannya, Karpal berkemungkinan gugur kelayakan sebagai anggota Parlimen, memandangkan kelayakan boleh terlucut apabila wakil rakyat dikenakan hukuman denda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun serta tidak menerima pengampunan.
Waris Karpal Singh kini boleh meneruskan dengan rayuan menyingkirkan sabit kesalahannya di bawah Akta Hasutan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 23 April, 2014. Waris Karpal Singh kini boleh meneruskan dengan rayuan menyingkirkan sabit kesalahannya di bawah Akta Hasutan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 23 April, 2014.
Karpal melakukan kesalahan itu di pejabatnya di Jalan Pudu Lama di Kuala Lumpur pada 6 Februari 2009.

Karpal kemudiannya didapati bersalah pada Jun 2010.

Pada Januari 2012, Mahkamah Rayuan mengarahkan Karpal mempertahankan dirinya selepas rayuan pendakwaraya dibenarkan.

Karpal, 73, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kampar, Perak minggu lalu.

Mendiang ketika itu dalam perjalanan untuk membela anak guamnya di Pulau Pinang.

Sumber Berita Dari TMI

No comments:

Post a Comment