NFC vs Rafizi dan M'kini akan dibicara

 
Saman fitnah oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) terhadap MP Pandan Rafizi Ramli dan Mkini Dotcom Sdn Bhd akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ini ekoran kegagalan pihak-pihak terbabit untuk mencapai persetujuan dalam proses pengantaraan hari ini.

Berikutan ini, ia ditetapkan bagi pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk John Louis O'Hara untuk menetapkan tarikh perbicaraan.

O'Hara juga akan mendengar penghujahan esok berhubung saman NFC terhadap Public Bank Bhd berkaitan pendedahan akaunnya.

Penghujahan itu adalah untuk Aturan 14 permohonan NFC untuk didengar, di mana pihak-pihak terbabit akan berhujah tentang
pandangan undang-undang dan tidak melalui perbicaraan bagi menentukan keputusan saman itu.

Peguam NFC, Y Seelan memaklumkan kepada pemberita mengenai perkembangan terbaru itu hari ini.

Seelan berkata proses pengantaraan itu telah gagal.

Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, Rafizi (atas) dan Ketua Pegawai Eksekutif Mkini Premesh Chandran hadir dalam proses pengantaraan itu.


Sumber Berita Dari MalaysiaKini

No comments:

Post a Comment