MANA PERGI PARA PEJUANG KETUANAN MELAYU.... TAK NAK UGUT BUAT DEMO KE....???

Harap para pejuang Ketuanan Melayu yang kental dan waja terdiri dari ahli-ahli UMNO, Perkasa, Pekida, PPIM, Jati, Isma dan lain-lain yang sewaktu dan sejiwa dengannya bersedia untuk membela nasib rakyat Mersing dan Kota Tinggi kerana mereka kini amat terseksa dengan jadual catuan air oleh Syarikat Air Johor (SAJ) untuk sekian lama.

Sila beri kata dua kepada Kerajaan UMNO/BN Johor supaya tamatkan catuan air atau berdepan dengan demo besar-besaran dari rakyat.

Jangan nak tunjuk garang dan bengis semacam dengan Kerajaan PR Selangor sedangkan apa yang berlaku di Johor kamu senyap dan buat-buat tak nampak pekakan telinga butakan mata.

Ini negeri kelahiran UMNO, parti yang para pemimpinnya mengaku parti keramat sedangkan hakikatnya, hayatnya sudah nak tamat.

Cakap biar serupa bikin.... pendirian biar konsisten.... Jangan bersikap berkokok jantan nyaring tapi ekor bergelumang dengan taik cair.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment