Hilang hak penjagaan, mualaf larikan anak daripada bekas isteri

OLEH EE SHI-IAN

Sehari selepas kehilangan hak penjagaan dua anaknya, Izwan Abdullah (gambar) bertindak ganas, menolak bekas isteri dan melarikan anak lelakinya daripada rumah bekas isterinya di Jelebu pagi semalam.

S Deepa yang menang hak penjagaan dua orang anak daripada bekas suaminya Izwan adalah bekas pemandu lori dan turut menukar agama anak mereka tanpa pengetahuannya.

Deepa berkata, dia mengesan sesuatu tidak kena apabila melihat bekas suaminya di depan pintu rumah pada jam 9 pagi ‎sedangkan mahkamah hanya membenarkan Izwan melawat pada hari Sabtu di antara jam 9 pagi hingga 6 petang.

"Dia datang rumah pagi tadi dengan seorang lagi lelaki menaiki kenderaan pacuan empat roda sedangkan dia tidak sepatutnya berada di rumah saya."

"Saya kemudiannya berasa curiga kerana dia hanya dibenarkan berjumpa dengan anak, Sharmila dan Mithran pada Sabtu. Dia kemudiannya memanggil nama anak saya beberapa kali dan belum sempat saya melarang, anak lelaki saya sudah keluar membuka pintu pagar," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sementara Izwan bersama Mithran, kawannya yang membawa kenderaan turut bersama menambah curiga Deepa.

"Saya mula berasa amat takut dan mahu menarik Mithran tetapi bekas suami terus melarikan anak saya."

"Saya mengejar bekas suami dan sempat menarik ketika dia hendak menaiki kereta. Dia kemudian meletakkan anak saya dalam kereta. Saya lantas memegang kaki anak saya."

"Kereta itu dilihat mula bergerak perlahan dan saya diheret bersama," katanya.

Deepa memberitahu diseret dalam jarak yang tidak begitu jauh sebelum Izwan menolaknya.

"Bahu saya lebam teruk dan badan saya juga bercalar," katanya.

Izwan atau dahulunya dikenali sebagai N Viran memeluk Islam pada 2011.

Deepa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Seremban ditemani Pegawai Persatuan Pertolongan Wanita (WAO), Sally Wangsawijaya.

Pada Isnin, Mahkamah Tinggi Seremban mengarahkan hak penjagaan dua anak diberi kepada Deepa.‎

Hakim, Datuk Zabariah Mohd membenarkan penyerahan hak penjagaan termasuk permohonan untuk membatalkan perkahwinan sivil apabila suaminya memeluk Islam.

Keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan arahan Mahkamah Syariah pada tahun lepas yang membenarkan hak penjagaan anak kepada Izwan yang menjadi Muslim pada April tahun lepas.

Peguam Izwan, Muhammad Faiz Farzil memberitahu wartawan bahawa ‎hakim sudah membuat penyataan jelas bahawa permohonan Deepa dibenarkan dalam perundangan mahkamah sivil dimana memberi hak kebenaran penjagaan dan pembatalan perkahwinan.

Peguam itu berkata, mahkamah membenarkan ayah kepada dua orang anak itu datang melawat anaknya namun tidak dibenarkan bermalam.

Faiz berkata anak guamnya akan memfailkan semula permohonan menentang keputusan itu.

Pada Disember tahun lepas, Deepa memfailkan permohonan hak penjagaan anaknya untuk menolak arahan daripada Mahkamah Syariah.

Kerani berusia 30 tahun berasal dari Jelebu berkata suaminya meninggalkan dirinya bersama anak tiga tahun lalu tidak pernah menyara keluarga itu.

Deepa mengetahui anaknya itu memeluk agama Islam tanpa pengetahuannya pada April 2013 dan membuat laporan polis akan tindakan itu bertentangan dengan undang-undang.

Sumber Berita Dari TMI

No comments:

Post a Comment