HANIPA, AZMIN DIARAH KELUAR DEWAN....!!! Semua MP Pakatan protes keluar Dewan beramai-ramai

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak meninggalkan Dewan beramai-ramai hari ini selepas dua ahli Parlimen mereka diarah keluar oleh Speaker Pandikar Amin Mulia.

MP Gombak Azmin Ali dari PKR diarah keluar Dewan apabila beliau berterusan menuntut penjelasan speaker mengapa dia mengutamakan urusan kerajaan dan tidak mempercepat usul Azmin untuk mengecam tiga hakim.

MP PAS Sepang Hanipa Maidin juga diarah keluar ketika cuba membangkitkan perintah tetap berhubung keengganan speaker mempercepatkan usul Azmin, yang ditandatangani oleh 63 MP, menjadi semakin panas.

Ini mendorong MP Pakatan yang turut tidak puashati dengan speakar, bertindak keluar beramai-ramai meninggalkan Dewan.

Sejurus sebelum meninggalkan Dewan, MP Bukit Gelugor Karpal Singh dengan tegas memberitahu speaker "supaya jangan main-main dengan perlembagaan".
 
Sumber Berita Dari Blog PASPB

No comments:

Post a Comment