GST: 'Umno akan guna Cina pujuk Melayu'

 
Anggota Parlimen DAP Datuk Ariff Sabri menjangkakan, Umno akan menggunakan hujah berkaitan kaum untuk menghalalkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan tahun depan.

Beliau menjangkakan, Umno akan memperalat hujah berkaitan orang Cina untuk memujuk orang Melayu supaya menyokong cukai kontroversi itu.

“Mereka akan kata GST bagi memastikan pengelakan cukai terhad. Pihak yang lari membayar cukai adalah orang Cina dan dengan GST, mereka ini tidak boleh terlepas."

“Jadi orang Melayu harus menyokong GST kerana orang Cina mengelak membayar cukai kepada kerajaan Umno."

“Apparatchik Umno akan pusing keliling bandar mengulangi kisah ini. Kerajaan kurang wang kerana ramai elak membayar cukai dan justeru itu kita mesti tangkap mereka,” tulisnya dalam blog semalam.

Anggota Parlimen Raib itu berkata, Umno juga tidak akan mendedahkan kisah secara keseluruhan apabila menceritakan bahawa 160 negara di dunia menggunakan GST.

“Mereka tidak akan kata, ekonomi terkuat di dunia, Amerika Syarikat, tidak menggunakan GST."

“Mereka tidak akan kata kerana GST digunakan di 160 negara ini bahawa setiap negara itu memerlukan lebih wang."

“Malaysia mahu menggunakan GST untuk mendapatkan lebih banyak wang."


Sumber Berita Dari MalaysiaKini

No comments:

Post a Comment