Eishhh.... mana ada mahalnya, zaman arwah Azizan memerintah dulu lagi mahal....!

Harga tapak niaga mahal?
ALOR SETAR - Kebanyakan peniaga dilanda kebimbangan apabila tapak bazar Ramadan di hadapan bangunan CIMB, Jalan Tunku Ibrahim dekat sini, didakwa naik mendadak berbanding sebelumnya.

Liza, 42, berkata, harga sewa tapak bersama deposit RM2,500 dinaikkan kepada RM3,500 pada tahun ini.

“Dengan keadaan ekonomi masa kini, harga sewa tapak bagi peniagaan baju dan perhiasan ditawarkan dikhuatiri membebankan peniaga kecil seperti dirinya."

“Kenaikan harga sewa terlalu banyak. Ia nilai terlalu besar. Tambahan pula, kos kewangan perlu disediakan dalam tempoh terdekat pada 5 Mei ini,” katanya.

Liza berkata, peniaga juga risau tidak pulang modal dengan harga tapak sedemikian, sekaligus lebih merugikan mereka sedangkan wang deposit hanya diperoleh semula pada Disember.

Malah katanya, mereka difahamkan hanya lebih kurang 36 tapak bazar disediakan di kawasan berkenaan, sekali gus memerlukan mereka bersaing antara satu sama lain.

Katanya, kebanyakan peniaga merayu pihak berkenaan menurunkan harga sewa mengikut kadar kemampuan.

Manakala Norishah, 51, berkata, sistem bidaan diperkenalkan untuk tapak bazar Ramadan Kedah Capitol, Jalan Sultan Badlisah, dekat sini menimbulkan tanda tanya buat mereka.

“Kami perlu membida tapak bazar dengan kadar mulai RM3,000. Sekiranya, ada peniaga membida tapak dengan harga lebih tinggi, kami juga terpaksa menaikkan kos kami,” katanya.

Katanya, kebanyakan peniaga mendakwa sistem berkenaan tidak adil buat mereka kerana ada kemungkinan individu tertentu menyalahgunakan kuasa mereka.

Menurutnya, mereka memohon sistem bidaan digantikan semula dengan sistem terbuka secara cabutan undi demi membolehkan peniaga mengetahui sesiapa berhak mendapat tapak itu.

Manakala, Pengerusi Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Kedah, Sarjakhan Abu Bakar berkata, pihaknya menerima aduan mengenai tapak bazar di kawasan itu.

“Kami mohon pihak berkenaan menjelaskan tindakan menaikkan harga ini,” katanya.

Katanya, kenaikan harga sedemikian dilihat akan menyebabkan usahawan tempatan terpinggir, sebaliknya peniaga luar pula mengambil kesempatan atas perkara itu.

Sarjakhan berkata, beliau merayu Exco Kerajaan Tempatan, Badrol Hisham Hashim melihat masalah ini, sekaligus menyelesaikannya supaya ia tidak menjadi isu setiap tahun apabila tiba musim perayaan.

Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie

No comments:

Post a Comment