EDISI PEMIMPIN BERTARAF ULAMA YANG BERJIWA BESAR.... TGNA MAAFKAN MACAI-MACAI UMNO TERMASUK PEMIMPINNYA YANG SELAMA INI MEMFITNAH DIRINYA DAN KELUARGA BELIAU....


"Saya maafkan semua orang yang mencerca dan memfitnah saya dan keluarga, mereka mungkin tidak tahu atau tidak jelas dengan pendirian saya. Ini bersesuaian dengan surah Al Jaatsiyah ayat 14 bahawasanya Allah telah berfirman: "Katakanlah kepada orang-orang yang beriman, hendaklah mereka memaafkan orang-orang yang tidak takut akan hari-hari Allah yakni hari pembalasan".

Ujarnya lagi: "Nak buat apa saya bawa dosa mereka? Nanti di akhirat, saya terpaksa menangguh hisab sehingga mereka itu semua di hisab. Saya tidak sanggup lagi menangguhnya di sana. Lagipun, saya berasa belas kasihan kepada mereka dan ibu bapa mereka", itu saja, sambil beliau mengesat air matanya.

Inilah kata-kata TGNA bila diajukan soalan berkenaan pelbagai fitnah jahat, kotor lagi jijik oleh pihak tertentu khususnya dari penganut UMNO/BN selama beliau bergerak cergas dalam politik.

Tiada sekumit pun perasaan dendam kesumat.... berjiwa besar.... berlapang dada dan berdingin kepala.

Ketiadaan beliau ketika ini memimpin negeri Kelantan amat dirasai dan dirindui sekali.... auranya cukup hebat dan murni sekali.

Semoga Allah SWT memberikan kesihatan sentiasa dan panjang usia kepada ulama tersohor negara ini.

Kepimpinan dan bimbingan TGNA masih diperlukan lagi.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment