Biarkan status beliau berbicara, ini barulah yang dinamakan bukan professor kangkung. Berani menegur kesilapan yang dibuat oleh Kerajaan. Itupun pun macai buat buta lagi, padahal memang jelas kematian Karpal Singh dilihat banyak menimbulkan persepsi berat sebelah pihak Kerajaan.

Pemimpin Kerajaan yang menghina mendiang Karpal Singh hanya diberi nasihat, tetapi bila rakyat biasa menghina atau kritik pemimpin laju saja pihak berkuasa ambil tindakan. Media pula dilihat kurang memberikan penghormatan kepada mendiang kerana hanya semua media cina yang meletakkan penghormatan kepada mendiang Karpal di muka depan akhbar masing-masing.

Manakala akhbar Melayu dan BI tidak sama sekali. Bukan kita minta media Malaysia memuja pemergian Karpal Singh, tetapi nampak jelas hanya kerana beliau pemimpin utama PR maka tidak ada dedikasi untuknya di dada akhbar kawalan BN.
 
Sumber Berita Dari Blog Tikaq Buluh

No comments:

Post a Comment