KUALA LUMPUR: Dataran Merdeka tidak akan dibenar sama sekali digunakan untuk Himpunan Membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), yang dijadual pada 1 Mei ini.
  
"Mereka boleh cari tempat yang lain, contohnya Padang Merbok, tetapi bukan di Dataran Merdeka yang masih dalam baik pulih", kata Datuk Bandar Datuk Ahmad Phesal Talib kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan rakan penaja dan Trofi "Kuala Lumpur Mayor's Tourism Awards 2014 (KLMTA)" di sini hari ini.
  
Beliau berkata demikian berhubung cadangan satu gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik untuk mengadakan perhimpunan itu sempena Hari Pekerja yang dirancang untuk bermula di KLCC dan berakhir di Dataran Merdeka.

Pada majlis itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur turut memperkenalkan trofi khas yang akan dianugerahkan kepada 32 organisasi dan individu yang menyumbang kepada inovasi, menawarkan produk dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

No comments:

Post a Comment