BERITA INI TAUBAT LAHOM TIDAK AKAN DISIARKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN.... KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR MENYEDIAKAN BAS KOMUNITI KEPADA RAKYAT SECARA PERCUMA....!!!

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim melaksanakan penyediaan bas komuniti secara percuma bagi membantu rakyat dan memperbaiki aliran trafik yang sesak di kawasan bandaran.

Bas percuma ini dilaksanakan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sementara di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) masih diperingkat kajian.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Kim berkata, kos yang diperuntukkan MBSA untuk perkara ini bernilai RM629,076 setahun yang melibatkan pembelian bas, penyelenggaraan, bahan api dan perkhidmatan pemandu.

Sementara MBPJ pula memperuntukkan RM418,000 untuk pembelian dua buah bas dan penyelenggaraan setahun.

Bagi MPSJ pula, sejumlah RM346,000 diperuntukkan untuk pembelian manakala MPKj pula mmperuntukkan RM120,000 setahun dengan kaedah perlaksanaan secara kontrak bersama syarikat pengusaha bas sedia ada.

Perkhidmatan bas komuniti di Shah Alam telah bermula sejak 4 Mac tahun ini bemula di Hentian Pusat Bandar Seksyen 14 dan melalui Seksyen 2, 7, 11 14, 15, 16, 17 dan 18.

Bas ini beroperasi pada hari bekerja sahaja, Isnin hingga Jumaat bermula jam 7.30 pagi, 11 pagi dan 4.30 petang.

Bagi MBPJ, perkhidmatan bas ini telah bermula sejak Julai 2008 dan berada di peringkat penambah baik bagi meningkatkan jumlah bas untuk menampung jumlah pengguna yang semakin meningkat.

Jelas Chang Kim, perkhidmatan bas komuniti ini tidak mendapat subsidi daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pengangkutan Darat (SPAD) dan dibuat secara peringkat di semua PBT kerana ia dilaksanakan mengikut kemampuan kewangan mereka.

Kata beliau lagi, Kerajaan Negeri dan SPAD sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewujudkan Bas Rapid Transit (BRT) dari Kuala Lumpur ke Klang melalui Lebuhraya Persekutuan.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment