ADUN PALOH TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA.... ISTERINYA MENINGGAL DUNIA....


IPOH - Isteri Adun Paloh, Kelantan, Datin Maziah Din disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan di Kilometer 23, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, lewat petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, turut menyebabkan, Datuk Nozula Mat Diah cedera setelah kereta dinaiki mereka terbabas.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kereta jenis Nissan Murano nombor pendaftaran ACA 777 dinaiki kedua-dua mangsa dalam perjalanan ke arah Simpang Pulai hilang kawalan sebelum melanggar tebing bukit.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, insiden berlaku akibat permukaan jalan yang licin.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital, sementara Nozula yang memandu kereta kini berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam keadaan stabil,” katanya.


Salam takziah dari Omak Kau.... semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan dengan orang-orang solehah.


Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment