ADUN DAP Nazak....

KUALA LUMPUR 9 April - Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek, Wong Ho Leng dikatakan kini sedang tenat setelah menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Beliau yang mewakili DAP bagi salah sebuah kawasan Parlimen Sibu itu menghidap barah otak.
Bagaimanapun, berita yang tersebar di laman sosial itu masih belum mendapat sebarang pengesahan dari mana-mana wakil dari pihak beliau.
Sebelum ini, Pengerusi DAP Sarawak itu telah mengesahkan dirinya sedang menghidap barah otak dan menerima rawatan radioterapi di hospital berkenaan.
Beliau turut menjelaskan bahawa neurosurgeons di Australia mendapati glioma (ketumbuhan otak).
"Saya tidak dapat berdiri dan tidak boleh menelan air di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ketika cuba untuk menaiki penerbangan ke Gold Coast di Australia untuk menyertai keluarga saya bercuti di sana," katanya.

Sumber Berita Dari Blog Addin

No comments:

Post a Comment