(3 FOTO) ADEGAN YANG MENUSUK KALBU.... YB NOZULA MAT DIAH ADUN UMNO/BN PALOH, YANG PATAH 9 TULANG RUSUK MENERIMA RAWATAN SECARA ISLAM DARI PESURUHJAYA PAS PERAK....!!!

Pada 17hb April 2014 yang lalu jam lebih kurang 6.30 petang kereta Nissan Murano ACA 777 yang dipandu oleh anak YB Datuk Nozula Mat Diah Adun Paloh, Kelantan, terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 23, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Pahang.

Isterinya Datin Maziah Din meninggal dunia ditempat kejadian dan Datuk Nozula mendapat cedera parah melibatkan 9 tulang rusuknya patah dan kini masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

Petang semalam rombongan PAS Perak yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Perak, YB Ustaz Razman Zakaria, YB Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan YB Ustaz Radzi telah melakukan ziarah kepada Datuk Nozula Mat Diah.

Dalam lawatan tersebut dengan kebenaran Datuk Nozula sendiri Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Razman Zakaria telah melakukan rawatan secara Islam kepada Nozula demi meringan kesakitan dan kesengsaraan yang dialaminya kini.

Inilah dinamakan politik matang.... terharu dan menusuk kalbu.

Kisah dan gambar ini adalah sumbangan dari Kak Yammy Samat orang kuat Umno Bahagian Ipoh tetapi anak perempuannya Setiausaha Politik YB Lim Kit Siang.


Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment