8 Keajaiban Solat Tahajud Yang Ramai Tak Tahu

Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’).

Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam. Pesanan Dari Imam Nawawi:
“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung....”
Keajaiban Solat Tahajud
Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut.  Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut : 
1. Tiket ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkanlah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).

2. Menjauhi Penyakit
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu,  mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, danmenghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)

3. Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)

4. Mendapat Rahmat Allah
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-laki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)

5. Doa Dikabulkan
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari, ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)

6. Penghapus dosa 
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)

7. Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”

8. Menjaga Kesihatan Rohani 
Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)
 
Sumber Berita Dari Blog Detik Islam
KOTA BAHARU: Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS sentiasa terbuka dan bersedia untuk berdialog dengan semua pihak dalam memberi penjelasan berhubung perlaksanaan hudud.

Menurut Presiden PAS itu, perbincangan dengan semua pihak itu perlu supaya setiap orang memahami dengan tepat bagaimana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, itu akan diaplikasi di negeri ini.

Bagaimanapun menurut beliau, terserah kepada pihak terbabit untuk menentukan masa dan tempat perbincangan tersebut.

"Kita sedia memberi penjelasan kepada semua pihak."

"(Soal tarikh) itu jangan tanya pihak kami sahaja, kena tanya pihak lain juga. Tidak jadi kalau bertepuk sebelah tangan," katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bagi mengumpul dana untuk "Wisma Ilmuan Kelantan" di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Sebelum ini, pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mencadangkan muzakarah antara PAS dan Umno diadakan bagi menjelaskan hasrat melaksanakan hukum Islam itu supaya pemahaman dan persetujuan bersama dapat dicapai.

Muzakarah atas isu perlaksanaan hukum syariah ini pernah dilontar oleh Ustaz Hadi sendiri ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Stadium Malawati, sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 pada 24 November tahun lalu.

Dalam ucapan itu beliau berkata, PAS bersedia dengan barisan pakar untuk tujuan muzakarah itu seperti ulama, mahupun peguam.

"Kita ada ramai ahli. Ada yang tua, ada yang muda. Kita ada Tuan Guru Nik Aziz, Datuk Harun Taib. Kalau yang muda, kita ada Nik Abduh, Nik Zawawi. Kalau peguam, kita ada Tun Salleh Abbas atau Wan Mutalib Embong. Yang muda, ada Asmuni Awi, Hanipa Maidin," kata beliau ketika itu.

Beliau juga menegaskan bahawa PAS sudah beberapa kali berbincang dan bermuzakarah berkaitan hukum Islam, termasuk dengan DAP dan juga badan-badan agama lain.

Malangnya, kata beliau yang paling kuat menentang Islam ialah Umno, bukannya DAP, malah Umno tidak pernah menghadiri majlis penjelasan berkaitan hukum Islam walaupun dipelawa PAS.

"DAP memang tidak setuju dengan Islam. Kalau dia setuju, dia dah lama masuk Islam. Tapi DAP bercakap dengan kita jika tidak setuju dengan hukum Islam. Pernah tahun 90-an kita adakan perbincangan mengenai hudud. DAP datang, persatuan kristian, buddha, sikh datang, Umno yang tidak datang," kata beliau.

Dalam pada itu, Ustaz Hadi berkata Umno tidak mampu mengikut hukum Islam kerana ia berbeza dengan ideologi perjuangan yang dibawa parti Melayu terbesar itu.

"Kalau Umno ikut, mereka akan tersangkut. Sebab itu bukan ideologi perjuangan mereka," jelas beliau.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

PKR bidas IGP masih mahu notis 10 hari PAA

Naib Presiden PKR N Surendran menyifatkan pendirian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa mereka yang mengadakan perhimpunan awam masih perlu memberi notis 10 hari, sebagai 'tidak bertanggungjawab ', 'angkuh ', dan 'mengingkari' mahkamah.

Surendran berkata ekoran keputusan Mahkamah Rayuan bahawa adalah tidak sah untuk menghukum mereka yang gagal berbuat demikian, maka tidak ada undang-undang untuk menguatkuasakan keperluan tersebut.

Alasan mahkamah, tegas Surendran, ialah hak orangramai untuk berhimpun secara aman tidak boleh tertakluk kepada 'criminal sanction'.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, Khalid perlu membaca penghakiman penuh sebelum membuat komen yang mengelirukan.

Surendran, yang merupakan peguam perayu dalam kes tersebut, menjawab komen Khalid mengenai Akta Perhimpunan Aman  (PAA) 2012 yang disiarkan oleh The New Straits Times online hari ini.

Khalid dilaporkan berkata walaupun mahkamah telah membatalkan Seksyen 9 (5) PAA berkaitan hukuman kerana tidak memberi polis notis 10 hari, tetapi keperluan itu, katanya, masih kekal dalam Seksyen 9 (1) undang-undang yang sama,.

Khalid dilaporkan berkata bahawa keperluan undang-undang itu perlu dipatuhi kerana ia menyatakan bahawa notis 10 hari hendaklah dikemukakan (sebelum mengadakan sebarang perhimpunan).

Surendran berhujah bahawa tanpa Seksyen 9 (5), maka tidak ada kewajipan undang-undang untuk orang ramai memaklumkan kepada pihak polis tentang perhimpunan yang akan diadakan dan oleh itu, pemakluman tersebut adalah sukarela semata-mata.

"Pemakluman kepada pihak polis mungkin boleh membantu dari segi kawalan trafik dan logistik yang lain, dan perlu digalakkan."

Malah, katanya, adalah diharapkan kebanyakan penganjur perhimpunan besar akan terus secara sukarela memaklumkannya kepada pihak polis mengenai tarikh dan tempat perhimpunan.


Sumber Berita Dari MalaysiaKini

HUDUD!!! Dulu kata akan sokong, hari ini Ku Li dah lain nadanya

Hukum hudud yang dirancang dilaksanakan di Kelantan dibimbangi akan menimbulkan konflik agama di negara ini, kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Gambar fail The Malaysian Insider.
 














Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah bimbang hukum hudud yang dirancang dilaksanakan PAS di Kelantan boleh menimbulkan konflik agama bagi rakyat berbilang kaum di negara ini.

Beliau berkata, sejak PAS menimbulkan semula isu itu, sudah nampak bantahan daripada kalangan bukan Islam, dan PAS juga jelas menolak segala pandangan mana-mana parti gabungannya dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, keadaan itu sesuatu yang mungkin berdepan dengan kerumitan dan sudah tentu perlu merujuk kepada Perlembagaan negara yang menjadi asas kekuatan kehidupan rakyat berbilang kaum di negara ini.

"Bagi kita orang Melayu dan parti Umno tidak menjadi masalah dalam perkara tersebut (hukum hudud)," katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan Profesional Muda Tempatan di Gua Musang, hari ini.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang berkata, masalah yang bakal dihadapi itu perlu difikirkan bersama, sama ada mereka yang berjawatan tinggi atau penduduk biasa, yang berpegang kepada ajaran Islam.

Katanya, Perkara 8 Perlembagaan negara adalah rujukan yang jelas kepada rakyat berbilang kaum di negara ini supaya tidak menimbulkan perpecahan yang boleh menjejaskan keamanan negara.

Sebelum ini, PAS Kelantan melalui ahli Parlimennya akan membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember ini.

Sumber Berita Dari Blog PASPB

PAS P Pinang ikrar bantu DAP kekalkan Bkt Gelugor

 
Atas semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat, PAS Pulau Pinang mengerahkan jenteranya "semaksima mungkin" membantu DAP mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil parlimen Bukit Gelugor 25 Mei depan.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohamad Sabu berkata Dewan Harian PAS negeri yang bermesyuarat menubuhkan jawatankuasa pilihan raya kecil bagi membantu calon DAP mempertahankan kerusi parlimen itu.

Beliau adalah kawan rapat dan teman sepanjara dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

"Jentera kita mula bekerja dari sekarang sehingga 25 Mei untuk memenangkan calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Mohamad yang mesra dipanggil 'Abang Mat' berkata beliau dilantik sebagai penasihat, manakala ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengetuai jawatankuasa pilihan raya kecil bagi PAS negeri itu.

Mohamad juga menepis desas-desus bahawa namanya disebut-sebut menjadi calon dalam pilihan raya kecil parlimen itu, sebaliknya beliau menegaskan kerusi itu merupakan kerusi milik DAP.

"Berita itu daripada cakap-cakap di bawahan. Kita (PAS) akan bantu calon DAP," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada 25 Mei, penamaan calon pada 12 Mei manakala pengundian awal pada 21 Mei.

Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Karpal Singh, dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak pada 17 April lepas.
  
Dalam pilihan raya umum Mei 2013, Karpal Singh, 74, menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam.

Abdul Aziz berkata bagi Pilihan raya kecil (PRK) itu, Dewan Sri Pinang, Georgetown dipilih sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.

Sebanyak 21 pusat pengundian akan dibuka, 17 daripadanya untuk pengundian biasa dan selebihnya untuk pengundian awal.
  
Seramai 82,431 pemilih berdaftar terdiri daripada 82,255 pengundi biasa, 148 pengundi awal dan 28 pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.


Sumber Berita Dari MalaysiaKini

SURAT KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN, BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI KEPADA SEMUA FASILITI FARMASI HOSPITAL/KLINIK KESIHATAN NEGERI MELAKA AGAR MEMBERI LAYAN VVIP KEPADA EXCO KESIHATAN DAN PEMBANGUNAN SUKAN NEGERI MELAKA, TERSEBAR BEGITU LUAS SEKALI DI INTERNET....!!!


Baca sendiri apa yang ditulis oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan farmasi kepada semua Ketua Fasiliti Farmasi Hospital/Klinik Kesihatan yang terdapat di Negeri Melaka agar memberi layanan super istimewa kepada seorang pemimpin UMNO berjawatan Exco Kesihatan dan Pembangunan Negeri Melaka bernama Datuk Ab Rahman Ab Karim.... jenis tidak mau menunggu lama macam rakyat biasa ketika nak ambil ubat.... tidak sanggup beratur panjang.

Dia mau dilayan seperti VVIP mungkin dia merasakan dirinya seorang Exco kerajaan Negeri Melaka jaga Portfolio Kesihatan.... portfolio dimana semua Hospital dan Klinik Kesihatan negeri Melaka dibawa jagaan, seliaan dan perintahnya.

Inilah watak sebenar pemimpin UMNO.... itu baru berjawatan seorang Exco negeri.... kalau yang berjawatan lebih tinggi....??? Tidak mau berkata apa-apa hanya sekadar mengajak rakyat fikir sendiri.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau
KOTA BHARU:
Belum pun parlimen dibentangkan Rang Undang-Undang persendirian berhubung Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, pemimpin Umno mulai bertembung sesama.

Malah ucapan Datuk Seri Jamil Khir Baharom di parlimen dengan memberi gambaran awal Umno bersedia menyokong enakmen berkenaan, dijawab pula Datuk Seri Najib Razak perundangan syariah tersebut belum sesuai lagi dilaksanakan.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, mungkinkah Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika membuat ucapan di parlimen hanya sekadar syok dengan ucapannya sendiri tanpa merujuk kepada Perdana Menteri terlebih dahulu.

Katanya, kalau diteliti video ucapan menteri terbabit seolah-olah dengan jelas Umno akan menyokong enakmen tersebut apabila dibawa ke parlimen.

“Namun sekarang ucapan itu seperti disanggah Perdana Menteri apabila membayangkan belum sampai masalah hudud dilaksanakan, biar pun menurutnya Umno tidak pernah menolak hudud."

“Belum apa-apa lagi sudah wujud pertentangan antara pemimpin Umno. Mungkinkah ketika berucap di parlimen menteri sekadar mengikut rentak selepas diasak anggota parlimen Pakatan Rakyat,” katanya pada ceramah di perkarangan Flat Buluh Kubu di sini malam tadi.

Ketika berucap di parlimen sebelum ini Jamil Khir membayangkan Umno akan menyokong enakmen tersebut untuk membolehkan dilaksanakan di Kelantan.

Beliau juga berkata, kelazimannya usul persendirian dibenarkan dibawa selepas selesai segala urusan berkaitan kerajaan, iaitu ketika persidangan parlimen berada di penghujung.

Katanya, usul tersebut perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan menteri sebelum dapat dibentangkan.

Husam juga berkata, pelaksanaan perundangan syariah diusahakan di Kelantan bagi mengekang gejala sosial dan jenayah yang semakin berleluasa sekarang.

“Biarlah Kelantan menjadi model pelaksanaan perundangan tersebut. Usaha itu dilakukan bukan bertujuan hendak bertembung dengan mana-mana pihak termasuk rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat."

“Oleh itu saya meminta semua pihak lebih matang. Sekarang rakyat mahu melihat siapa yang akan menyokong atau menentang pelaksanaan perundangan Islam."

“Bukan lagi soal boleh laksana atau tidak. Isu tersebut menjadi celaru kerana media massa tidak memainkan peranan bagi menjelaskan lagi tuntutan agama tersebut bagi membolehkan rakyat memahami,” ujarnya.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

Najib Terkedu Dengan Berita Diluar Jangkaan Ini....

Semasa lawatan tiga hari beliau ke ibu negara, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dijadual mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin masyarakat awam pada petang Ahad. 
Walau bagaimanapun, beberapa pemimpin NGO yang dihubungi enggan memberi sebarang butiran tentang mesyuarat berkenaan. 
Antara yang dilaporkan akan bertemu Obama adalah Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Tan Sri Hasmy Agam, peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan, Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah, Presiden Majlis Peguam Malaysia Chris Leong dan ahli majlis Honey Tan, pengarah program Tenaganita Aegile Fernandez, dan Pengerusi dan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa.
Majlis Gereja-Gereja Malaysia akan diwakili oleh Rev Dr Herman Shastri. Ketika dihubungi Astro AWANI, Dr Ahmad Farouk Musa berkata mesyuarat 30 minit itu bakal memberi peluang kepada setiap wakil untuk membentangkan pandangan mereka. Beliau juga berkata lokasi tidak boleh didedahkan dan masih belum dimuktamadkan.
"Ia tidak akan berlaku di Kedutaan Amerika Syarikat seperti yang dilaporkan. Kami juga tidak tahu di mana ia akan berlaku kerana akan diberitahu sebelum mesyuarat itu, " katanya.
Dr Ahmad Farouk juga menjelaskan bahawa pemimpin NGO tidak meminta mendapatkan pertemuan bersama Obama. Sebaliknya, kumpulan itu telah dijemput oleh Kedutaan Amerika Syarikat Isnin lepas.
"Kami tidak ada kuasa untuk mendapatkan pertemuan dengan Presiden. Terpulang kepada beliau dengan siapa dia mahu bertemu dan beliau menjemput kami. Ia merupakan peluang yang baik untuk kita menyuarakan pandangan dan berkongsi apa yang benar-benar berlaku dalam negara ini," kata Dr Ahmad Farouk.
Sebagai pemimpin IRF, beliau bakal membentangkan tentang isu penindasan agama di negara ini. "Malaysia mahu dilihat di mata dunia sebagai pemimpin pergerakan sederhana tetapi ia harus bermula di dalam negara terdahulu," katanya.
Sementara itu, NGO lain tidak mahu mengulas tentang pertemuan dengan Obama. Seorang wakil Sisters in Islam berkata mereka hanya akan mengulas selepas mesyuarat itu. Dalam satu mesej SMS kepada AWANI, Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah menulis: "Saya tidak boleh mendedahkan apa-apa sehingga selepas acara tersebut."
"Pengarah program Tenaganita Aegile Fernandez juga berkata beliau hanya akan mengulas selepas mesyuarat itu. Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia Rev Dr Hermen Shastri enggan ditemuramah pada ketika ini."
Obama dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan melancarkan Pusat  Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) esok. Beliau dijangka berlepas ke Filipina pada Isnin. 

Sumber Berita Dari Blog Addin

Doktor Islam selar MMA kerana jadikan hudud sebagai jenaka

‎Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) hari ini menyelar kenyataan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk NKS Tharmaseelan (gambar) yang dianggap cuba menjadikan pelaksanaan hudud sebagai jenaka apabila mencadangkan kerajaan PAS Kelantan menggunakan khidmat pemotong daging.

Pengerusi I-Medik, ‎Prof Dr Azmi Md Nor berkata kenyataan presiden MMA tidak profesional, tanpa menghormati perasaan umat Islam apabila meminta pemotong daging diberi tugas menjalankan hudud melibatkan hukuman potong tangan.

"Jika MMA tidak dapat bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh kerajaan negeri Kelantan, ia tidak seharusnya menjadikan isu hukum hudud ini sebagai suatu jenaka kepada 63.1% umat Islam di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menyifatkan kenyataan presiden MMA itu dibuat secara terburu-buru tanpa sebarang usaha untuk memahami kepentingan perundangan syariah kepada umum, khususnya kepada umat Islam dan ribuan profesional perubatan Islam di negara ini.

Menurut Dr Azmi, seorang doktor beragama Islam selain menjalankan tugas mereka mengikut sumpah perubatan Islam, juga menyokong penuh perundangan Syariah.

Semalam Tharmaseelan yang merupakan presiden MMA mencadangkan kerajaan Kelantan menggunakan khidmat pemotong daging untuk melaksanakan hukuman hudud kerana petugas perubatan yang bertauliah tidak sanggup untuk melakukan perkara sedemikian.

"Prosedur (potong tangan) sangat rumit. ‎Jika doktor tidak tergamak melakukannya maka anda perlu cari tukang potong daging," ‎katanya.

Dr Azmi berkata lagi adalah terlalu awal bagi membincangkan isu siapa yang harus menjalankan hukuman kerana ia memerlukan lebih banyak kajian dan perbincangan berhubung soal teknikal perundangan Syariah.

"Lebih banyak kajian dan perbincangan harus diadakan berhubung soal teknikal perundangan Syariah, yang sering disalahtafsir dengan mengecilkan skop kepada memotong tangan, sedangkan ia melibatkan falsafah keadilan, pengajaran dan pencegahan," katanya.

Oleh demikian, beliau menegaskan agar MMA lebih sensitif dalam menyampaikan pandangan mereka terutamanya apabila menyentuh mengenai agama Islam.

Semalam Tharmaseelan turut berkata, pihaknya tidak akan bekerjasama dengan kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan undang-undang syariah di negeri tersebut.

Katanya, doktor dan jururawat bertauliah terikat mengikut bidang kuasa Kementerian Kesihatan dan tidak perlu patuh kepada arahan kerajaan negeri.

"Semua hospital di Kelantan hanya menerima arahan daripada Kementerian Kesihatan kerana gaji mereka dibayar oleh kerajaan pusat," katanya.

Tharmaseelan berkata, MMA akan mengambil tindakan saman dan membatalkan kelayakan tauliah jika mendapati ada doktor yang melakukan perkara tersebut.

Sumber Berita Dari TMI

Kisah Bilal Menemui Rasulullah saw Menangis

Di dalam sebuah riwayat disebutkan  bahawa ketika Bilal hendak mengumandangkan azan subuh. Ia menemui Rasulullah saw di tempat sujudnya.

Waktu itu, Bilal melihat Rasulullah saw sedang menangis sampai janggutnya basah dengan air mata. Lalu Bilal bertanya “Ya Rasulullah, mengapa engkau menangis? Apakah yang membuat engkau menangis? Bukankah Allah swt  sudah mengampuni dosa-dosamu, baik yang dahulu maupun yang akan datang?”

Rasulullah saw menjawab, “Salahkah jika aku ini menjadi hambaNya yang pandai bersyukur?”

Didalam riwayat yang lain pula diceritakan bahawa ketika Rasulullah saw sujud dengan menangis dalam solat tahajjud, malaikat Jibril datang membawa wahyu (surah Ali Imran ayat 190)

Lalu Bilal bertanya: “Ya Rasulullah saw, mengapa engkau menangis?”

Rasulullah saw menjawab: “Allah swt menurutkan ayat yang bagus dan indah melalui Jibril....”

Bilal bertanya lagi: “Turun ayat yang bagus dan indah tetapi mengapa engkau menangis?”

Rasulullah saw terus menjawab: “Inilah yang aku takutkan. Celaka umatku yang membaca ayat al-Quran ini, tetapi tidak merenung maknanya.”

Seterusnya Rasulullah saw membacakan ayat tersebut

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal” (surah Ali Imran ayat 190)
 
Sumber Berita Dari Blog Detik Islam

Polis harus bertindak terhadap pemilik Facebook mengatakan Wan Azizah ‘maut’, kata PKR

OLEH LOOI SUE-CHERN

Selepas Datin Seri Rosmah Mansor dihina dalam status Facebook, kini Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dikenakan dengan laman web sosial tersebut yang mengatakan beliau sudah 'menghembuskan nafas terakhir'. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014.  
Selepas Datin Seri Rosmah Mansor dihina dalam status Facebook, kini Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dikenakan dengan laman web sosial tersebut yang mengatakan beliau sudah 'menghembuskan nafas terakhir'. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014.  
Kali ini ianya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan presiden PKR serta isteri ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Wan Azizah kononnya 'mati' semalam, menurut tulisan pengguna Facebook 'Blue Wave Army'.

Pengguna tersebut menulis dalam bahasa Melayu: "Isteri ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat jam 7 petang tadi. Al-Fatihah. Dengan ini, hilanglah lagi mujahidah bangsat dalam PR. Alhamdulillah. -Syasya-"

Dalam tulisan tersebut juga disertakan gambar Dr Wan Azizah diselubungi kain putih dan satu lagi gambar beberapa lelaki sedang menggali kubur.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, PKR Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata mereka akan membuat laporan polis terhadap pengguna Facebook tersebut kerana menyebarkan berita palsu tentang kematian presiden parti mereka.

"Kami meminta pihak polis memandang serius kes ini dan mengambil langkah yang diperlukan terhadap mereka yang memuat naik gambar-gambar dan menyebarkan berita palsu ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Afif berkata mereka menjangkakan polis akan bertindak secepat ketika mereka menangkap pengguna Facebook yang memuat naik gambar isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor yang kononnya mati dalam hempasan kapal terbang di Sumatera.

Gambar yang ngeri tersebut menunjukkan badan yang bercerai dengan kepala Rosmah.

Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Syed Saifullah, segera ditahan oleh pihak polis daripada rumahnya di Seri Iskandar, Perak awal bulan ini.

"Tindakan diambil segera dalam kes Rosmah ke atas pengguna Facebook tersebut. Kami menjangkakan polis akan bertindak segera dalam kes ini juga."

"Buktikan yang pihak polis tidak mengamalkan pembanterasan jenayah yang selektif. Pihak polis mengatakan kredibiliti mereka diuji dalam kes Rosmah, jadi kini mereka sedang diuji sekali lagi. Hingga tahap mana polis ingin membenarkan pihak mereka dicabar?" kata Dr Afif.

Terdapat lima akaun Facebook yang menggunakan nama 'Blue Wave Army' apabila disemak pagi ini.

Adalah tidak jelas yang mana satu yang menulis mengenai perkara tersebut atau ianya sudah dipadamkan.

Kelima-lima akaun tersebut mempunyai tulisan menentang PKR dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Sumber Berita Dari TMI

Sunnah Rasulullah yang paling besar adalah bicara politik dari masjid, memimpin negara, pemerintahan dari masjid

Ustazcyber : Catatan ini dari Indonesia tetapi amat sesuai untuk bacaan rakyat Melayu Muslim Malaysia


BANDUNG– Berbagai macam problematika yang terjadi di Indonesia, khususnya yang menimpa kaum Muslimin, mulai dari merebaknya aliran-aliran sesat seperti Ahmadiyah dan Syi’ah, kemudian pelarang penggunaan jilbab bagi kaum Muslimah di Polisi Wanita (Polwan) dan para pelajar di Bali, beberapa wilayah Indonesia yang kepala daerahnya dipimpin oleh seorang non-muslim, serta berbagai hambatan dalam rangka penegakan syari’at Islam secara sempurna, hal ini karena politik tidak berada di tangan kaum Muslimin.

“Ini gara-gara politik tidak berada di tangan umat Islam ditangan kita, dan tidak melek politik” kata KH. Colil Ridwan beberapa waktu lalu saat menyampaikan orasinya dalam acara Deklarasi Aliansi Nasional Anti Syi’ah di Masjid Al Fajr, Cijagra, Bandung.

Ini jugalah yang memicu KH. Cholil Ridwan membuka Pengajian Politik Islam (PPI) di Masjid Al-Ahzar, Jakarta. Dirinya mengajak kepada kaum Muslimin di Indonesia, mulai dari orang-orang awam sampai dengan kiayi, dan ulamanya untuk mengkaji kembali politik Islam, misalnya dengan mengkaji kitab Ahkamu Sulthaniyah dari Imam Al-Mawardi, As-Syiyasah Syar’iyyah dari Ibnu Taimiyah, dan Muqaddimah dari Ibnu Khaldun.

“Ratusan tahun yang lalu ada kitab yang membicarakan politik Islam, tapi kita tidak pernah buka, tidak pernah baca, dan tidak pernah kaji, sehingga umat Islam buta politik, bukan hanya orang awam, kiyai banyak yang buta politik Islam” ujarnya dihadapan ribuan kaum Muslimin di Masjid Al-Fajr, Bandung.

KH. Cholil Ridwan yang merupakan Ketua MUI Pusat dan Sesepuh Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia (DDII) mengatakan, sekarang ini ulama juga banyak yang buta politik Islam, tidak ada yang berani bicara politik di dalam masjid.

“Padahal sunnah Rasulullah yang paling besar adalah bicara politik dari masjid, memimpin negara, pemerintahan dari masjid....” serunya.

. . . sekarang ini ulama juga banyak yang buta politik Islam, tidak ada yang berani bicara politik di dalam masjid. . .

Menurutnya lagi, pada masa Khulafa Rasyidin, Abu Bakar, Umar bin Khattab, Usman, dan Ali, tidak pernah berani membangun kantor, membangun istana, di luar masjid, karena Rasulullah tidak pernah buka kantor di luar masjid, mereka semua berkantor di masjid, pertemuan di masjid, rapat di masjid.

“Baru zaman Muawiyyah membikin bid’ah baru, yaitu membangun istana dipisahkan masjid” paparnya.

Inilah yang disebut oleh KH. Colil Ridwan, ada sunnah Rasulullah yang sangat fenomenal dan besar ditinggalkan dan diabaikan oleh umat, termasuk ulama.

“Sehingga masalah politik kita terseok-seok walaupun kita ini mayoritas, karena kita meninggalkan politik” tegas Wakil Ketua Umum Badan Kerja Sama Pondok Pesantren Seluruhh Indonesia.(voa-islam.com)

Sumber Berita Dari Blog Ustazcyber

MMA cadang PAS Kelantan guna penjual daging potong tangan pesalah hudud

OLEH JAMILAH KAMARUDIN
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Datuk Dr NKS Tharmaseelan berkata persatuan itu tidak akan bekerjasama dengan PAS untuk laksana hudud pada sidang media di pejabat MMA, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 April, 2014.Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Datuk Dr NKS Tharmaseelan berkata persatuan itu tidak akan bekerjasama dengan PAS untuk laksana hudud pada sidang media di pejabat MMA, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 April, 2014.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mencadangkan kerajaan PAS Kelantan menggunakan khidmat pemotong daging untuk melaksanakan hukuman hudud.

Presiden MMA, Datuk Dr NKS Tharmaseelan, berkata petugas perubatan yang bertauliah tidak sanggup untuk melakukan perkara sedemikian.

"Prosedur (potong tangan) sangat rumit."

"Jika doktor tidak tergamak melakukannya maka anda perlu cari tukang potong daging," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan campur tangan jika ada mana-mana pihak tidak bertauliah melakukan prosedur pembedahan terbabit.

"Kalau ada yang buat kita tidak boleh buat apa-apa cuma boleh buat laporan polis mengatakan individu itu tidak mendapat pentauliahan yang sah," katanya.

Tharmaseelan berkata, pihaknya tidak akan bekerjasama dengan kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan undang-undang syariah di negeri tersebut.

Katanya, doktor dan jururawat bertauliah terikat di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan dan tidak perlu patuh kepada arahan kerajaan negeri.

"Semua hospital di Kelantan hanya menerima arahan daripada Kementerian Kesihatan kerana gaji mereka dibayar oleh kerajaan pusat," katanya.

Tharmaseelan  berkata, MMA akan mengambil tindakan saman dan membatalkan kelayakan tauliah jika mendapati ada doktor yang melakukan perkara tersebut.

Beliau berkata, MMA juga sedang mengkaji untuk meminda undang-undang bagi membolehkan pihak yang tidak ada tauliah perubatan dikenakan tindakan undang-undang yang tegas kerana melanggar etika perubatan.

Kelmarin, Kelantan merancang menggunakan khidmat pakar bedah untuk memotong tangan penjenayah yang disabitkan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 sekiranya undang-undang Islam itu mula dikuatkuasakan tahun depan.

Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, apabila selesai hukuman tersebut pesalah terbabit sudah boleh pulang ke rumah tanpa perlu menjalani sebarang hukuman lain seperti penjara atau sebaliknya.

Bagaimanapun, katanya, pertimbangan akan diambil sebelum dijatuhkan hukuman sekiranya pesalah mencuri atas sebab tertentu seperti lapar atau terpaksa.

"Hukum hudud ini agak berbeza di mana pesalah yang dipotong tangan khususnya untuk kesalahan mencuri itu dibenarkan pulang ke rumah untuk bersama keluarga dan kerajaan juga tidak akan menanggung apa-apa kos penjagaan tahanan di dalam penjara," katanya dipetik daripada laporan Utusan Malaysia.

Sumber Berita Dari TMI
KOTA BHARU: Flat Buluh Kubu tidak  jauh dari Pasar Besar Siti Khatijah satu-satunya kawasan di parlimen Kota Bharu yang tidak pernah kelihatan bendera PAS setiap kali kempen pilihan raya.

Rumah flat tersebut dibina kerajaan  Barisan Nasional (BN) ketika mentadbir Kelantan. Sejak 1990 sehingga sekarang, Umno mendominasi kawasan berkenaan. Namun malam tadi situasi itu tiba-tiba bertukar.

Seramai 62 ahli dan penyokong Umno yang menjadi penggerak jentera Umno di situ mulai menilai semula perjuangan lama. Diketuai bekas Setiausaha Cawangan Buluh Kubu, Mohd Nor Hashim Che Naim, 48 mereka menyerah borang menyertai PAS.

Borang tersebut diserah kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pada ceramah yang diadakan di perkarangan flat tersebut. Ramai penduduk tempatan hadir.

Malam tadi mencatat sejarah baru apabila PAS berjaya mengadakan program ceramah di situ. Terdapat lebih 200 keluarga yang mendiami beberapa blok flat terbabit. Turut hadir meraikan penghuni anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan, Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Ketua Pemuda PAS Kota Bharu, Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Kelantan, Lim Guan Seng.

Nor Hashim berkata, ramai lagi penghuni Flat Buluh Kubu tidak sempat mengisi borang menyertai PAS untuk diserah pada ceramah tersebut.

“Selepas ramai tahu saya mahu meninggalkan Umno dan menyertai PAS mereka datang menemui saya bagi mengikut jejak langkah saya."

“Saya tidak pernah menjanjikan mereka apa-apa tetapi kerana datang dengan kesedaran sendiri. Mereka tahu hanya sekadar menjadi alat setiap lagi kempen pilihan raya diadakan."

“Pemimpin peringkat bahagian hanya datang ketika musim kempen sahaja. Tetapi pemimpin PAS lain, biar pun mereka tahu di sini kubu Umno namun mereka tetap datang. Saya sudah lama perhatikan perkara itu,” katanya ketika ditemui.

Beliau dilantik sebagai Setiausaha Umno Cawangan Buluh Kubu sejak empat penggal lalu. Beliau berada dalam Umno selama 25 tahun.

Menurutnya juga biar pun lama berada dalam Umno namun tidak pernah meminta diberi sebarang jawatan atau projek di bawah kerajaan pusat.

“Saya hanya ikhlas untuk membantu Umno. Kalau ada penduduk hendak dapatkan tandatangan pemimpin peringkat bahagian, saya pergi cari mereka untuk pastikan hasrat penduduk tercapai."

“Namun sekarang saya sudah menilai apa yang saya lakukan selama ini. Tidak  selamanya saya membiarkan diri saya menjadi alat pemimpin. Saya memikirkan semula perjuangan lama, lebih-lebih lagi memikirkan soal agama,” ujarnya.

Katanya beliau bukan orang berada, hanya mencari rezeki dengan berniaga di pasar bagi mencari rezeki yang halal.

Pada majlis itu juga beberapa penghuni Flat Buluh Kubu yang uzur menerima kerusi  roda dan tongkat disampaikan Pusat Khidmat Dun Kota Lama.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

INI BUKTI DSAI EJEN AMERIKA SYARIKAT.... KALAU PAKATAN RAKYAT MENJADI PEMERINTAH NEGARA, DSAI AKAN JADI BADUT TUNDUK KEHENDAK AMERIKA SYARIKAT....???

Apa bukti lagi rakyat nak bahawa memang sah DSAI ejen Amerika Syarikat kalau Pakatan Rakyat memerintah negara ini akan tunduk segala kehendak Amerika Syarikat.... akan jadi badut dan pro Amerika Syarikat.

Lainlah kalau Najib Razak jadi PM.... langsung Amerika tidak naik muka.... Najib memang terkenal seantaro dunia sebagai pemimpin yang amat berani.... tidak gentar dengan super power Obama Presiden AS.

Keberanian Najib Razak memang diakui dan dipuji sekutu dan seteru....

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

Hudud: Tidak perlu persetujuan PKR, DAP, cukup PAS pusat, kata timbalan MB

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui masih belum ada perbincangan dengan PKR dan DAP mengenai penolakan mereka dengan hudud, namun apa yang paling penting ialah persetujuan daripada PAS pusat. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014.  
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui masih belum ada perbincangan dengan PKR dan DAP mengenai penolakan mereka dengan hudud, namun apa yang paling penting ialah persetujuan daripada PAS pusat. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014.  

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui masih belum ada perbincangan yang dibuat kerajaan negeri bersama PKR dan DAP mengenai penolakan dua parti pak‎atan itu untuk menerima pelaksanaan hukum hudud.

Menurut Mohd Amar, bagi kerajaan negeri, paling diutamakan adalah persetujuan daripada PAS pusat.

"Kita belum berbincang apa-apa lagi, dia (PKR, DAP) hendak bercakap, cakaplah lagipun kenyataan tersebut dikeluarkan sebelum kita bincangkan apa-apa lagi."

"‎Paling penting kita jumpa PAS pusat dan mereka sudah bersetuju, itu sudah cukup," katanya dipetik daripada akhbar Sinar Harian hari ini.


Beliau juga berkata tiada perpecahan yang boleh berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) sekiranya PKR dan DAP bijak mengambil pendirian mengenai isu hudud.

"Jika sebaliknya berlaku, ia akan membawa kepada keretakan hubungan, kita berharap PKR dan DAP bertindak bijaksana."

"Sebagai sebuah parti, kita tidak tahu apa respons mereka dan kita akan meminta pimpinan PAS pusat bawa perkara itu kepada pimpinan PKR," katanya.

Berikutan daripada hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud dengan membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen, ia mendapat tentangan daripada PKR dan DAP.

Kerana kritikan keras yang dikeluarkan parti PR, terutamanya DAP, ia menimbulkan khabar angin bahawa isu tersebut bakal membawa perpecahan kepada tiga parti gabungan tersebut.

Menurut Mohd Amar, kerajaan negeri juga sudah bertindak berjumpa dengan pemimpin PR sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) bagi berbincang mengenai pelaksanaan hudud.

Katanya, dalam perbincangan tersebut PAS mengambil pendirian bersetuju untuk tidak bersetuju di mana pelaksanaan hukum akan diteruskan biarpun tidak menerima sambutan daripada DAP.

"Hudud diluluskan pada 1993 di Dewan Negeri sebelum wujudnya PR, lagipun kita hendak laksanakan di negeri ini."

"Ini bukannya soal terlalu cepat atau tidak, kalau mahu bercakap soal demokrasi, kita harus hormati hasrat kerajaan negeri kerana kita menang dengan cara demokrasi," katanya.

Tambahnya lagi, parti PR yang lain perlu menghormati kehendak dan hasrat pengundi Kelantan untuk melihat undang-undang Islam dilaksanakan.

"Orang sokong kita sebab ingin lihat undang-undang Islam dilaksanakan, sekurang-kurangnya di negeri ini."

"Mereka harus hormat, bukan demokrasi jika nafikan hak rakyat," katanya.

Pada masa yang sama, Mohd Amar menafikan adanya perbincangan yang dibuat bersama Umno dengan menyatakan PAS hanya mengambil peluang daripada kerjasama yang diberikan  parti tersebut dalam pelaksanaan hudud.

"Kita tidak berbincang apa-apa, tidak nampak keperluan untuk tujuan itu, kita tahu kemungkinan ini satu perangkap (Umno) kita akan masuk dengan berhati-hati jadi memandangkan sekarang dia sudah beri kerjasama, dan kita ambil peluang tersebut," katanya‎.

Beliau juga berpendapat bahawa penolakan DAP mengenai pelaksanaan hukum hudud kerana bimbang akan menjejaskan sokongan kaum Cina.

"Jika ramai yang menyokong, pasti DAP akan menyokong secara terbuka. Saya yakin ramai orang bukan Islam menyokongnya, bukan di negeri ini sahaja malah di seluruh negara juga," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata kepada akhbar Utusan Malaysia bahawa kerjasama antara DAP, PKR tidak akan berubah meskipun parti itu mendapat sokongan daripada Umno.

Beliau juga mendakwa bahawa sokongan yang ditunjukkan Umno adalah sebagai taktik menarik undi Melayu sebagai helah memecah belahkan pakatan pembangkang.

"Kita tahu Umno hendak memecah be‎lahkan pakatan ini, tetapi kita akan buat segala persediaan."

"Apabila pemimpin Umno di negeri dan pusat menyatakan sokongan hudud, maka kita berharap tindakan mereka akan konsisten," katanya dalam Utusan Malaysia.

Semalam, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata PAS perlu berundur daripada PR jika ingin tetap dengan keputusannya berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata sebagai parti politik yang berprinsip dan bertanggungjawab, PAS perlu menghormati dan mengikuti asas permuafakatan yang  dipersetujuinya.

Katanya, PAS tidak boleh terus bertindak bertentangan dengan Dasar Bersama Pakatan Rakyat tetapi pada masa yang sama tetap bersandar kepada PR‎.

Sumber Berita Dari TMI

HUDUD: Umno dan Najib bersandiwara dan main wayang lagi?

Semua orang tahu Umno dan Najib bermain wayang. Jika mantan presiden PAS Ust Fadzil Noor, perkara macam ini dianggap sebagai 'sandiwara Umno'. Ini adalah gara-gara penerimaan Umno dan kerajaan dalam perlaksanaan hukum Hudud di negara ini, khasnya bagi negeri Kelantan.
 
Kelantangan dan kepura-puraan Umno dalam hal ini dan menjadikan Islam sebagai barang permainan dalam politik adalah sudah dijangkakan. Terlalu banyak alasan dan helah yang diberikan. 
 
Pada kali ini kata Najib dan Umno. Mereka mahu melihat 'dulu apa cadangan PAS' dan apa isi Hudud PAS yang cuba dibentangkan kepada Umno. Begitulah UMno dan kerajaan Umno serta Najib dalam melayan hukum Allah ini.
 
Persepsi dan bagi Umno Hukum Hudud ada 2. Satu adalah kehendak AL Quran yang macam Umno sedangkan tangguhkan, satu lagi hukum Hudud adalah hasil rekayasa oleh PAS. Hukum Hudud ala PAS yang dilihat extream dan amat menakutkan terlalu konsevertif dan ortodok saja lagak dan gayanya yang mana amat mengerikan serta mengerunkan semua pihak dan manusia di bumi Malaysia ini.
 
Hudud Umno adalah hudud yang simple , liberal dan tidak menakutkan masyarakat bukan Islam. Inilah bentuk pemikiran Najib 1Malaysia.
Umno Mahu Tahu Hudud PAS - Najib
 
KUALA LUMPUR: Umno terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan PAS mengenai cadangan perlaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, parti itu berminat untuk mengetahui dengan terperinci mengenai cadangan perlaksanaan undang-undang Islam itu.
"Kita nak tahu apa cadangan PAS, kita belum tahu apa cadangan sebenar mereka."
"Kalau PAS nak kemuka kepada kita, kita sedia nak tengok," katanya kepada pemberita di Menara Dato' Onn di sini, Jumaat.
Pada Khamis Najib menegaskan Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan.
Perdana menteri berkata, banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.
Sebelum ini kerajaan PAS Kelantan melalui Ahli Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.
Sumber Berita Dari Blog Rakyat Marhaen

Keluarga penumpang MH370 tahan kakitangan MAS di Beijing

Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa kakitangannya ditahan di sebuah dewan utama di Lido Hotel di Beijing oleh anggota keluarga Penerbangan MH370 semasa mereka melahirkan rasa tidak puas hati untuk mendapatkan butiran berhubung kehilangan pesawat itu, pada jam 3 petang 24 April.
  
Dalam satu kenyataan hari ini MAS berkata lebih 200 anggota keluarga meminta seorang pegawai Malaysia hadir memandangkan hanya kakitangan MAS yang hadir semasa sesi taklimat.
  
"Sepuluh kakitangan syarikat penerbangan itu kemudian dimaklumkan supaya menunggu di dewan utama sementara sekumpulan 60 anggota keluarga pergi ke kedutaan Malaysia untuk mendapatkan pegawai kerajaan menghadiri taklimat itu."
  
"Kumpulan itu kemudian melepaskan kakitangan itu pada 1.44 pagi 25 April," kata kenyataan itu.
  
Menurut kenyataan itu lagi dalam satu lagi insiden, penyelia keselamatan  MAS, S.Kalaichelven diserang seorang anggota keluarga rakyat China semasa bertugas di Lido Hotel di Beijing pada 22 April.
  
"Kakitangan syarikat penerbangan itu cuba menghentikan tindakan agresif seorang anggota keluarga terbabit yang menuntut akeses kepada sekretariat, apabila dia menendang staf berkenaan di lutut kirinya."
  
"Mereka yang berada di tempat kejadian dapat meredakan keadaan dan kemudian membawa Kalaichelven ke sekretariat untuk mendapatkan bantuan pertolongan cemas," kata kenyataan itu.
  
Menurut kenyataan itu, kakitangan terbabit hanya cedera ringan dan MAS membuat laporan polis berikutan insiden itu.


Sumber Berita Dari MalaysiaKini

Eishhh.... mana ada mahalnya, zaman arwah Azizan memerintah dulu lagi mahal....!

Harga tapak niaga mahal?
ALOR SETAR - Kebanyakan peniaga dilanda kebimbangan apabila tapak bazar Ramadan di hadapan bangunan CIMB, Jalan Tunku Ibrahim dekat sini, didakwa naik mendadak berbanding sebelumnya.

Liza, 42, berkata, harga sewa tapak bersama deposit RM2,500 dinaikkan kepada RM3,500 pada tahun ini.

“Dengan keadaan ekonomi masa kini, harga sewa tapak bagi peniagaan baju dan perhiasan ditawarkan dikhuatiri membebankan peniaga kecil seperti dirinya."

“Kenaikan harga sewa terlalu banyak. Ia nilai terlalu besar. Tambahan pula, kos kewangan perlu disediakan dalam tempoh terdekat pada 5 Mei ini,” katanya.

Liza berkata, peniaga juga risau tidak pulang modal dengan harga tapak sedemikian, sekaligus lebih merugikan mereka sedangkan wang deposit hanya diperoleh semula pada Disember.

Malah katanya, mereka difahamkan hanya lebih kurang 36 tapak bazar disediakan di kawasan berkenaan, sekali gus memerlukan mereka bersaing antara satu sama lain.

Katanya, kebanyakan peniaga merayu pihak berkenaan menurunkan harga sewa mengikut kadar kemampuan.

Manakala Norishah, 51, berkata, sistem bidaan diperkenalkan untuk tapak bazar Ramadan Kedah Capitol, Jalan Sultan Badlisah, dekat sini menimbulkan tanda tanya buat mereka.

“Kami perlu membida tapak bazar dengan kadar mulai RM3,000. Sekiranya, ada peniaga membida tapak dengan harga lebih tinggi, kami juga terpaksa menaikkan kos kami,” katanya.

Katanya, kebanyakan peniaga mendakwa sistem berkenaan tidak adil buat mereka kerana ada kemungkinan individu tertentu menyalahgunakan kuasa mereka.

Menurutnya, mereka memohon sistem bidaan digantikan semula dengan sistem terbuka secara cabutan undi demi membolehkan peniaga mengetahui sesiapa berhak mendapat tapak itu.

Manakala, Pengerusi Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Kedah, Sarjakhan Abu Bakar berkata, pihaknya menerima aduan mengenai tapak bazar di kawasan itu.

“Kami mohon pihak berkenaan menjelaskan tindakan menaikkan harga ini,” katanya.

Katanya, kenaikan harga sedemikian dilihat akan menyebabkan usahawan tempatan terpinggir, sebaliknya peniaga luar pula mengambil kesempatan atas perkara itu.

Sarjakhan berkata, beliau merayu Exco Kerajaan Tempatan, Badrol Hisham Hashim melihat masalah ini, sekaligus menyelesaikannya supaya ia tidak menjadi isu setiap tahun apabila tiba musim perayaan.

Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie
KUALA LUMPUR: Dalam usia 67 tahun dan terdengar juga ura-ura kemungkinan pihak pendakwa turut merayu untuk melanjutkan lagi tempoh hukuman selama 5 tahun yang diterimanya, tidak mustahil penjara adalah destinasi terakhir kehidupan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini penuh warna-warni.

Bagi penulis Shahbudin Husin, sifir politik mudah yang ada dalam pemikiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak barang kali menyetujui bahawa perjalanan politiknya untuk kekal lebih lama di tampuk kuasa turut menjadi lebih selesa jika Anwar dapat dipenjarakan.

Di ketika yang sama, Anwar pula nampaknya lebih bersedia untuk ke penjara kali ini. Beliau yang sering mengungkatkan perkataan "lawan tetap lawan" dan "jangan bicara soal perjuangan jika takut dengan risiko" bukan saja sudah meninggalkan pesanan kepada pengundinya di Permatang Pauh, minggu lalu dengan mengatakan "ini mungkin pidato saya yang terakhir", malah sempat membakar api perjuangan bahawa semangatnya sama-sekali tidak akan luntur walau ke mana sekalipun beliau dihumbankan.

Menerusi tulisan di dalam blognya semalam, Shahbudin berpandangan menjelang kemungkinan Anwar dipenjara sekali lagi, bukan saja Reformasi 2.0 dihidupkan kembali untuk mengajak rakyat, khususnya anak-anak muda agar bangkit melakukan perubahan, beberapa pemimpin pembangkang pula memberi bayangan bahawa Najib akan disingkirkan rakyat jika berani berbuat demikian.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

Senarai MB Yang Digugurkan Dan Punca MB Di Singkirkan

Senarai Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan : Selepas berlabuhnya Pilihanraya Umum ke 13 yang cukup panas dalam sejarah politik di Malaysia selama ini, Datuk Seri Najib telah mengumumkan senarai menteri besar Malaysia seperti yang anda saksikan hari ini.
Hakikatnya yang sebenarnya terdapat beberapa negeri Barisan Nasional yang diletakkan calon menteri besar sebagai tujuan strategi politik bagi negeri dianggap “agak panas” dengan harapan sedikit sebanyak dapat meredakan perbalahan dikalangan pemimpin peringkat tertinggi dan kem-kem politik di peringkat negeri.
Tetapi…. selepas 11 bulan lamanya, kalangan senarai menteri besar Malaysia 2014 seperti yang ada sekarang mula seperti “cacing kepanasan” apabila meletusnya spekulasi di mana Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi akan mengambil tindakan drastik menggugurkan dua menteri besar UMNO dan digantikan calon lain.
Siapakah gerangannya itu? Adakah….? Ketua Menteri Melaka (Idris Haron) dan Ketua Menteri Sabah (Musa Aman) dikecualikan kerana mereka adalah Ketua Menteri.
Senarai Calon Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Akan Gigugurkan?
Menteri Besar Johor (Khaled Nordin) Menteri Besar Negeri Sembilan (Mohamad Hasan) Menteri Besar Perak (Zambry Kadir) Menteri Besar Terengganu (Ahmad Said) Menteri Besar Pahang (Adnan Yaakob) Menteri Besar Perlis (Azlan Man) Menteri Besar Kedah (Mukhriz Mahathir).
Berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi, Datuk Ahmad Said akan digugurkan sebagai Menteri Besar Terengganu. Tetapi persoalannya “beranikah” Datuk Seri Najib Razak  mengambil tindakan drastik sebegini rupa? 
Apatah lagi memandangkan situasi di Terengganu cukup genting kerana kerusi Barisan Nasional di Terengganu cukup kritikal dengan hanya berkelebihan 2 kerusi sahaja berbanding Pakatan Rakyat di Terengganu. 
Sebarang kemungkinan boleh berlaku…. Sekarang ini di Terengganu ada 2 kem bagi politik Barisan Nasional iaitu Kem Mat Said dan Kem Idris Jusoh yang tidak disenangi Sultan Terengganu. Walaubagaimanapun Berita Semasa dikhabarkan Mat Said akan diberikan “jawatan baru”….
Senarai Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan? Punca Ahmad Said Digugurkan?
“Geng Idris Jusoh” menemplak tindakan kem Ahmad Said yang telah membentuk kroni dan menyingkir lawannya secara halus disemua peringkat. Kem Ahmad Said juga dikatakan tidak menghormati perjanjian perdamaian antara dua puak yang diusahakan oleh UMNO Pusat sebelum ini.
Ahmad Said membantu pembangkang untuk menjadi lebih kuat. Ahmad Said secara terang-terang mencabar beberapa arahan pimpinan atasan UMNO. Dan seorang lagi yang Berita Semasa difahamkan adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan digugurkan sebagai Menteri Besar Kedah dan akan ditarik masuk ke dalam Kabinet Persekutuan.
Walauapapun, berdasarkan pemerhatian Berita Semasa dalam banyak-banyak daripada senarai menteri besar Malaysia 2014 dan ketua menteri Barisan Nasional, Mohd Hassan antara pemimpin Barisan Nasional yang cerdik dan “think out of the box“.
Tetapi, disebabkan pemikiran Mohd Hassan macam itulah, Mohd Hassan mempunyai “musuh dalam berselimut” yang tidak gemar dengan caranya. Banyak masalah dan “sisa-sisa kotor” terpaksa bersihkan oleh Mohd Hassan.

Sumber Berita Dari Blog Addin

Rakyat Malaysia digesa berdemonstrasi secara aman tanpa takut

OLEH V ANBALAGAN DAN EILEEN NG

Dalam keputusan Mahkamah Rayuan yang mengatakan tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman bukanlah satu kesalahan, Malaysia dikatakan buat pertama kali mempertahankan kebebasan berhimpun. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014.  
Dalam keputusan Mahkamah Rayuan yang mengatakan tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman bukanlah satu kesalahan, Malaysia dikatakan buat pertama kali mempertahankan kebebasan berhimpun. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014.
Orang ramai kini boleh berdemonstrasi secara aman tanpa takut berikutan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang mengatakan tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman bukanlah satu kesalahan, menurut peguam hak asasi manusia dan penggubal undang-undang.

Mereka berkata keputusan sebulat suara panel tiga hakim selaras dengan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu hak untuk berhimpun secara aman.

Ini bermakna perhimpunan anti-GST pada 1 Mei tidak boleh dikatakan “haram” dan orang ramai tidak perlu bimbang sebarang tindakan diambil terhadap mereka melainkan mereka memusnahkan harta awam atau melakukan jenayah.

Para peguam turut menghormati keputusan para hakim kerana bersedia mempertahankan undang-undang tertinggi negara yang menjamin hak asasi bagi semua rakyat Malaysia.

Penghakiman juga mengatakan mereka yang menggangu ketenteraman awam hanya boleh didakwa mengikut Kanun Keseksaan, Akta Pengangkutan Jalan atau undang-undang kerajaan tempatan.

Dalam mengisytiharkan hukuman mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman (PAA) tidak berperlembagaan kerana bercanggah dengan hak berhimpun secara aman, mahkamah juga membatalkan pertuduhan terhadap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa kerana gagal memberi notis 10 hari kepada polis ketika menganjurkan Himpunan Blackout di Stadium Kelana Jaya pada Mei tahun lepas.

Nik Nazmi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, menghadapi risiko didenda sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan, mengikut Seksyen 9 (5) PAA 2012, serta kemungkinan hilang kelayakan daripada semua jawatan awam dipegangnya.

Perhimpunan itu diadakan untuk membantah dakwaan penipuan besar-besaran dalam Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) yang menyaksikan pemerintah Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen mengatakan kesan penghakiman tersebut adalah peruntukan lain dalam PAA untuk menghukum pesalah dan adalah tidak berperlembagaan.

“Mereka yang didakwa mengikut peruntukan lain kemungkinan besar akan dibebaskan kerana prinsip penghakiman itu adalah kerajaan tidak boleh menghukum sesiapa menggunakan PAA,” katanya.

Naib Presiden PKR, N Surendran dalam memuji penghakiman tersebut sebagai bersejarah mengatakan buat pertama kali selepas negara merdeka selama 57 tahun, kebebasan berhimpun dipertahankan di Malaysia.

“Ini merupakan satu sejarah dan kegelapan bagi autoritarianisme."

“Hakim mempertahankan hak berhimpun secara aman,” kata ahli Parlimen Padang Serai itu yang juga merupakan seorang peguam.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mengatakan penghakiman itu juga bermaksud tanggungjawab penganjur perhimpunan adalah untuk memaklumkan kepada polis, dan bukannya meminta kebenaran.

“Ia memberikan definisi semula apa yang perlu dilakukan dalam memaklumkan pihak berkuasa,” katanya.

Santiago mengatakan penghakiman yang memberikan implikasi besar kepada PAA itu akan membuka lebih banyak ruang kepada kumpulan masyarakat madani untuk berhimpun secara aman.

Peguam dan pemimpin PAS Mohamed Hanipa Maidin mengatakan keputusan mahkamah semalam memberikan maksud menghukum seseorang kerana menganjur atau menghadiri perhimpunan aman bercanggah dengan hak berhimpun secara aman.

“Undang-undang untuk menguruskan perhimpunan aman boleh diadakan, tetapi jika mahu mencari kesalahan, tiada lagi kebebasan untuk berhimpun,” katanya.

Ahli Parlimen Sepang itu berharap Putrajaya akan mematuhi keputusan mahkamah dan tidak tergesa-gesa membuat pindaan di Parlimen untuk menyesuaikan dengan kehendak kerajaan Barisan Nasional (BN).

“PAA diwujudkan untuk mengiktiraf perhimpunan aman. Ini bermakna peranan polis adalah untuk membantu,” katanya.

Bekas pengerusi Majlis Peguam Lim Chee Wee yang turut hadir ketika hakim membacakan keputusan penghakiman mengatakan ini merupakan di antara saat paling membanggakan bagi sistem kehakiman negara.

“Saya tabik para hakim kerana mengikut sumpah mereka untuk mempertahankan Perlembagaan, dan sekarang kita bebas berhimpun secara aman tanpa sekatan sebarangan,” katanya.

Lim mengatakan beliau kini mahu melihat apakah Mahkamah Persekutuan akan mempertahankan keputusan bersejarah tersebut.

Nik Nazmi yang mendedikasikan kemenangannya kepada mendiang Karpal Singh, mengatakan seseorang jangan mudah menyerah kerana hak berhimpun secara aman sememangnya ada dalam Perlembagaan.

“Seperti Karpal, saya ke mahkamah untuk menguji had Perlembagaan, dan saya lega ketiga-tiga hakim memberikan alasan penghakiman yang munasabah,” katanya.

Sumber Berita Dari TMI

Beruban kerana Al-Quran?

Beruban kerana Al-Quran? Penyataan ini bunyinya agak aneh tetapi tahukah kita ianya benar-benar berlaku kepada Nabi Muhammad saw.

Suatu hari Abu Bakar masuk ke rumah Nabi dan berkata “Engkau beruban sebelum waktunya, Rasulullah!” terus menjelaskan kenapa dirinya beruban baginda bersabda “Itu kerana surah Hud dan yang sepertinya....”

Tentu kita tertanya-tanya apa kandungan Surah Hud sehingga menyebabkan rambut Rasullullah saw beruban dengan cepat.

Imam Nawawi dalam Syarah Muslim menulis: Ibnu Abbas ra. berkata bahwa tidak ada ayat yang lebih berat dan sukar dilakukan selain ayat yang terletak di surah ini (Surah Hud ayat 112).

“Maka istiqamahlah engkau (Muhammad) sebagaimana diperintahkan, bersama orang yang taubat, jangan melampaui batas”-QS Hud:112

Inilah ayat yang membuat rambut Nabi s.a.w beruban. Ayat ini adalah perintah Allah swt kepada Nabi Muhammad saw untuk tetap istiqamah.

Sahabat Umar ibnul Khaththab radhiyallahu ‘anhu berkata:
“Istiqamah itu hendaklah kamu istiqamah dalam perintah dan larangan”.
 
Apa yang dapat kita fahami ialah istiqamah mengerjakan perintah Allah dan istiqamah meninggalkan laranganNya. Mampukah kita melaksanakannya?

Antara sebab-sebab lain yang menjadikan Nabi s.a.w begitu gerun berhadapan dengan surah Hud dan surah-surah sepertinya:

1. Gambaran hari kiamat yang sangat dahsyat dan jelas diperlihatkan di dalamnya seolah-olah beliau melihat dengan matanya sendiri.

2. Sangat bimbang tidak dapat melaksanakan tugas-tugasnya seperti yang diminta oleh Allah swt.

3. Cerita-cerita nabi terdahulu yang banyak dipaparkan di dalam surah Hud begitu sadis dan mencabar dalam melaksanakan risalah Allah swt. apakah beliau mampu mengikuti jejak-jejak mereka?

4. Teguran-teguran langsung dari langit kepada tindak tanduk beliau dalam menyampaikan risalahnya menyebabkan beliau sering bermuhasabah dan bimbang teralpa dengan tugas-tugasnya.

5. Bimbangkan umatnya tergelincir dari landasan yang benar, dan gagal merasai dahsyatnya hari kiamat yang akan menyebabkan mereka berlengah-lengah dari bertaubat dan kembali ke jalan Allah.

Ayat-ayat lain yang berkaitan dengan istiqamah

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka istiqomah, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu”.
Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta.
Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

(QS 41 Fushshilat: 30-31)

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berdukacita.
Mereka itulah penghuni-penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan”.
(QS 46 Al-Ahqaaf: 13-14)

Ya Allah Jadikanlah kami semua istiqamah dalam Islam dan Sunnah sampai akhir hayat kami, sampai berjumpa denganMu di JannahMu bersama RasulMu, memandang WajahMu yang Maha Mulia dan mendapat RidhaMu, amiin....
 
Sumber Berita Dari Blog Detik Islam

HAMPIR 100 ORANG SANGGUP BERATUR SEAWAL PAGI DEKAT RUMAH MURSYIDUL AM PAS, TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA NIK AZIZ NIK MAT SEMATA-MATA UNTUK BUAT TAHNIK KEATAS ANAK-ANAK MEREKA....

Kelihatan lebih kurang 100 orang datang bawa bayi masing-masing ke Masjid Tok Guru di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan untuk buat tahnik ke atas anak masing-masing.

Ya Allah, mereka mohon keberkatan alim ulama.... Berikanlah kesihatan, kekuatan dan panjangkanlah umur TGNA yang dikasihi ini....

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau
KUALA LUMPUR: Satu taklimat penerangan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah II yang merangkumi hukum hudud akan diadakan kepada pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dalam tempoh terdekat.

Taklimat yang dijadualkan di Kuala Lumpur itu akan diadakan secara tertutup bagi memudahkan pimpinan DHPP mendapat penjelasan secara lebih efektif berhubung enakmen yang menimbulkan keresahan di kalangan bukan Islam.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata taklimat tertutup itu akan melibatkan semua pimpinan DHPP di peringkat pusat dan negeri, dan seterusnya beberapa taklimat serta himpunan khas untuk untuk orang ramai.

"Kita sedar, ramai di kalangan ahli DHPP sendiri yang tidak jelas dengan enakmen dan hukum hudud ini sendiri hingga menyukarkan mereka untuk menerangkan kepada masyarakat bukan Islam.

"Justeru, PAS Pusat telah memutuskan untuk mengadakan taklimat tertutup berkaitan enakmen ini dalam tempoh terdekat kepada pimpinan DHPP terlebih dahulu, sebelum program lain yang akan dibuka untuk orang ramai," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang juga baru dilantik sebagai Penasihat DHPP, turut memaklumkan bahawa satu pertemuan dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat, iaitu DAP dan PKR akan diadakan pada Selasa, 29 April ini di Pejabat Agung PAS.

Katanya, pertemuan itu merupakan satu pertemuan khusus bagi membincangkan dan menjelaskan secara terperinci berkaitan enakmen tersebut kepada rakan-rakan dalam pakatan.

Hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk membawa usul persendirian bagi membincangkan soal Enkmen Jenayah Syariah II ke parlimen menimbulkan keresahan di kalangan bukan Islam.

Beberapa siri bantahan dilakukan beberapa NGO bukan Islam, selain dari MCA sendiri berhubung hasrat kerajaan negeri tersebut.

Malah, sebelum ini DHPP turut menyatakan keresahan apabila terdapat sebilangan ahli DHPP sendiri yang tidak jelas dan faham berkaitan enakmen tersebut yang hanya dikenakan ke atas mereka yang beragama Islam sahaja.

Ekoran itu, DHPP menggesa PAS Pusat mengambil langkah segera dan proaktif untuk memberi penerangan khusus kepada DHPP sendiri bagi memudahkan usaha ahli-ahli DHPP untuk menerangkan kepada masyarakat bukan Islam.

Sumber Berita Dari HarakahDaily