Wan Azizah: Adakah semua salah Anwar?

 

Sambil mempersoal laporan yang mengaitkan juruterbang pesawat MH370 dengan suaminya, presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail menyoal kembali: “Adakah semuanya salah Anwar?”

Wan Azizah merujuk laporan tabloid United Kingdom (UK) Daily Mail yang menyatakan Kapten Zaharie Ahmad Shah, yang juga anggota PKR, sebagai “fanatik politik”.

“PKR ada ramai anggota. Mereka kata Kapted Zaharie (kanan) menangis ketika keputusan (Liwat II)."

"Berjuta-juta lagi rakyat Malaysia turut menangis,” kata Wan Azizah.

Akhbar itu melaporkan Zaharie berada dalam mahkamah ketika keputusan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan, kurang 24 jam sebelum pesawat MH370 berlepas pada jam 12.41 pagi, 8 Mac.

Sebuah akhbar tempatan juga mengetengahkan teori bahawa misteri kehilangan itu berkaitan dakwaan juruterbang MAS itu menyokong Pakatan Rakyat.

Wan Azizah juga menafikan Pakatan mempolitikkan peristiwa itu tetapi menegaskan hanya mengkritik apa yang dilihat sebagai pengurusan krisis yang lemah di pihak kerajaan.

Sumber Berita Dari MalaysiaKini

No comments:

Post a Comment