SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR MAU PEMIMPIN DAN AHLI PAKATAN RAKYAT CONTOHI KEAKRABAN ANTARA LIM GUAN ENG DENGAN MOHAMMAD SABU

ADUN DAP Subang Jaya merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh mahu pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat di pelbagai peringkat mencontohi keakraban antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat di Setia City Convention Centre, Setia Alam hari ini, Speaker Dewan Negeri Selangor itu juga berkata, kekuatan hubungan seperti itu penting untuk perpaduan dalam Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi berdepan serangan perkauman Umno BN.

"BN laga-lagakan Pakatan Rakyat dengan main sentimen perkauman. Semua lapangan pemimpin dan ahli parti perlu jalin hubungan erat sesama kita."

"Jangan bergantung kepada pemimpin tinggi sahaja sepeti Lim Guan Eng dengan Mohamad Sabu, kita di akar umbi juga perlu mencontohi mereka," katanya.

Beliau turut mengingatkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor agar jangan sesekali terikut-ikut rentak Umno.

Katanya, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai mandat lebih dua pertiga pada Pilihan Raya Umum lalu dan memiliki sokongan kuat dari rakyat untuk terus membuat perubahan.

"Jangan biarkan kita ikut tari Umno, biar kita yang pukul gendang dan Umno yang menari," kata beliau.

Dalam pada itu beliau turut melahirkan ucapan terima kasih kepada PAS yang menunjukkan sikap persahabatan sejati dan menghormati hubungan antara kaum.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof dalam satu tulisan di media.

"Terima kasih kepada YB Mujahid yang menghulurkan tangan persahabatan kepada golongan minoriti," katanya lagi.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment