SIDANG MEDIA HARIAN MH370 BELUM LAGI BERMULA TETAPI ADA KELUARGA PENUMPANG NEGARA CHINA SUDAH MENGAMUK....!!!

SEPANG: Kekecohan berlaku di Hotel Sama Sama di mana bakal berlangsung sidang media MH370 apabila enam ahli keluarga dipercayai warganegara China mendesak penjelasan pihak berkuasa berkenaan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia itu.

Panas baran meningkat hari ini apabila beberapa anggota keluarga penumpang China bagi penerbangan Malaysia Airlines MH370 semakin kecewa dengan apa yang mereka katakan satu "peranan yang memalukan" bagi syarikat penerbangan itu dalam pencarian yang kini memasuki hari ke-12.

"Kami tiada cara lagi untuk menangani masalah ini selain daripada menangis dan marah. Cara anda (MAS) menangani ini sama ada menipu atau satu peranan yang memalukan," kata seorang anggota keluarga penumpang pesawat hilang itu sambil menjerit.

Mereka tiba-tiba meluru masuk kira-kira 4.30 petang ke dalam bilik sidang media sambil membawa kain rentang yang tertera "Kami membantah kerajaan Malaysia lambat menyelamatkan penumpang dan mendesak bawa ahli keluarga pulang tanpa sebarang syarat."

Ada yang melaung-laung meminta agar ahli keluarga mereka dikembalikan sebelum mereka dibawa keluar pihak keselamatan dari bilik sidang media.

Insiden tersebut berlaku di mesyuarat harian antara pegawai syarikat dan anggota keluarga penumpang di hotel di Beijing, sementara usaha antarabangsa masih gagal menjumpai kesan pesawat yang membawa 153 warga China itu. 

"Lihatlah apa yang kita bincangkan hari ini – semuanya hal remeh," jerit lelaki itu dengan marah.

"Apa sebabnya kita datang ke sini. Kami hanya mahu tahu di mana ahli keluarga kami dan di mana pesawat itu."

Sesi pertanyaan daripada ahli keluarga terpaksa dihentikan sementara selepas pergaduhan tercetus di salah satu meja pentadbiran.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment