SHAHRIZAT JALIL MENYUAP KUIH KE MULUT SEORANG WARGA EMAS POLIS PENCEN MENJADI PERBUALAN RAKYAT

Sharizat bidas pihak Pakatan Rakyat bermuka-muka semasa menjalankan kempen tidak seperti BN.... Ya ke Kak Ijat....??? ....betul ke....???  Yang ini dikatakan apa....??? Suci murni lagi ikhlas jujur bersih putih yang datang dari lubuk hati yang murni wangi....???

Rata-rata rakyat menggelengkan kepala apabila melihat gambar Ketua Wanita UMNO Malaysia berlakun menyuapkan kuih ke dalam mulut seorang warga emas polis pencen semasa beliau membuat lawatan meraih undi dan sokongan untuk calon MCA Chew Mei Fun di Sg Sekamat, Kajang.

Nampak sangat berpura-puranya Shahrizat Jalil.... Hentikan lakunan murahan ini.... rakyat tidak percaya dan termakan dengan cara kempen begini.

Kalau tidak kerana PRK Kajang, agak-agak Kak Ijat nak suapkan kuih tak ke mulut warga emas ini....??? Agak-agaklah.... Jawab dengan jujur dan ikhlas tau.... Tipu berdosa....

Dah terlampau terdesak UMNO/BN nak raih undi dan sokongan rakyat.

KAJANG: Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kesal dengan sikap jentera kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermuka-muka ketika berkempen bagi meraih sokongan pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Dakwa beliau, PKR begitu terdesak apabila terpaksa menggunakan taktik kotor termasuk cuba menimbulkan sentimen perkauman terhadap calon Barisan Nasional (BN).

"Pembangkang tidak ikhlas, mereka bersandiwara dan menggunakan pelbagai topeng ketika berkempen di sini."

"Apabila pergi ke kawasan Melayu, mereka burukkan calon kita dengan kononnya mengatakan supaya tidak harus beri undi kepada orang bukan Melayu.... begitu juga bila mereka bertemu pengundi berbangsa lain," katanya di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika berkempen dan menziarahi seorang warga emas di Taman Sekamat, Kampung Sungai Sekamat di sini.


Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment