SETELAH HASAN ALI DAN RAKAN-RAKAN NGO "ISLAM" NYA KELUARKAN 20 SEBAB MENGAPA PENGUNDI KAJANG HARUS TOLAK DSAI, MAKIN BERTAMBAH RAMAI PULA YANG DATANG KE CERAMAHNYA....!!!


LOKASI: PELANCARAN BILIK GERAKAN DI TAMAN KANTAN PERMAI, KAJANG.

Semalam ada 40 'NGO Islam" yang dikepalai oleh Pengasas dan Presiden JATI, Hassan Aqidah Ali telah mengeluarkan 20 "fatwa" betapa pengundi perlu menolak DSAI pada PRK Kajang nanti.

Pergh....!!! Ingatkan selepas fatwa dikeluarkan sudah tidak ada umat Islam nak dengar ceramah DSAI lagi.... rupa-rupanya silap.... lagi galak dan rancak pelbagai fatwa dikeluarkan lagi ramai rakyat beragama Islam mau mendampingi perjuangan yang dibawa DSAI.

Cara terdesak musuh DSAI menggunakan platform "Islam" untuk menyekat kemenangan bergaya beliau di PRK Kajang adalah ternyata suatu kerja sia-sia dan membuang masa, dana, tenaga dan air liur.

Rakyat sekarang bukannya jenis gelap maklumat.... semuanya boleh diperolehi di hujung jari.



KUALA LUMPUR - Pemimpin lebih 40 NGO Islam memberikan 20 sebab mengapa pengundi Kajang perlu menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim pada PRK 23 Mac ini.

Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang mengetuai kumpulan itu mengakui pihaknya meragui Anwar dalam isu akidah apabila beliau dikatakan bersetuju dengan fahaman pluralisme agama.

"Dalam isu kalimah ALLAH, Anwar menyokong penganut agama lain menggunakan kalimah itu," katanya pada sidang media di sini semalam, yang turut dihadiri oleh Pengerusi Yayasan Murni Aqidah, Datuk Aidit Ghazali dan Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohamed Hafiz Nordin.

Hadir sama pada sidang media itu, Pengerusi Biro Agama Perkasa, Dr Shamsuddin Moner Al-Askari dan Pengerusi Muslim UPRo, Azril Mohd Amin.

Hasan berkata, pihaknya akan mendedahkan lebih lanjut mengenai perkara itu bermula 11 Mac ini, iaitu hari penamaan calon.

“Kami akan dedahkan kesemua 20 sebab yang bagi kami adalah sebagai alasan syarie mengapa Anwar Ibrahim perlu ditolak oleh pengundi dalam bentuk ceramah dan sebaran melalui laman sosial sehingga hari mengundi 23 Mac ini.

“Kami mewakili NGO Islam sepakat untuk turun padang pada pilihan raya itu bagi memberi penerangan kepada pengundi mengenai siapa sebenarnya Anwar,” katanya.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment