Seperti dejavu, pentadbiran Najib berdepan dengan Reformasi 2.0

KOMENTAR BERITA OLEH AMIN ISKANDAR

Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Mahkamah Rayuan semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 8 Mac, 2014. 
Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Mahkamah Rayuan semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 8 Mac, 2014.
Lima belas tahun lalu pada 1998, Kuala Lumpur dibanjiri dengan demonstrasi jalanan hampir setiap minggu selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana tuduhan meliwat dan salahguna kuasa.
Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri oleh Dr Mahathir untuk menghalang kebangkitan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga kini tidak dapat mengekang sokongan kepada pembangkang. – Gambar fail.Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri oleh Dr Mahathir untuk menghalang kebangkitan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga kini tidak dapat mengekang sokongan kepada pembangkang. – Gambar fail.

Tidak berapa lama sebelum itu, Anwar merupakan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan sebelum dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar).

Hampir setiap minggu selepas 20 September 1998 – hari anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) merempuh rumah Anwar dan menahannya – Jalan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur dibanjiri dengan rakyat yang menuntut pembebasan Anwar.

Malaysia yang pada ketika itu berdepan dengan krisis ekonomi dikejutkan dengan budaya baru demonstrasi jalanan secara besar-besaran.

Walaupun tidak berjaya menjatuhkan Dr Mahathir sepertimana rakyat Indonesia menjatuhkan Jeneral Suharto, peristiwa 1998 menjadi pemangkin kepada kerjasama politik erat parti pembangkang PKR, PAS dan DAP yang hari ini bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Dr Mahathir menggunakan polis dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk berdepan dengan kebangkitan rakyat namun ianya tidak mampu mematikan kebangkitan politik dan menyaksikan parti-parti pembangkang menjadi semakin kuat.

Barisan Nasional (BN) gagal merampas kembali majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan Pilihan Raya Umum 2013.

Seperti “dejavu” semalam Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini mengatakan Anwar tidak bersalah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 1998.

Mahkamah Rayuan juga menetapkan hukuman lima tahun penjara bagi Anwar, tetapi membenarkan penangguhan hukuman dengan wang jaminan RM10,000 yang harus diserahkan pada Isnin depan.
Najib kini tidak sekuat Dr Mahathir yang ketika pemerintahannya mendapat sokongan penuh, mampukah perdana menteri bertahan dalam keadaan politik Malaysia sekarang? – Gambar fail.Najib kini tidak sekuat Dr Mahathir yang ketika pemerintahannya mendapat sokongan penuh, mampukah perdana menteri bertahan dalam keadaan politik Malaysia sekarang? – Gambar fail.Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak sekuat Dr Mahathir di zaman pemerintahannya.

ISA sudah dimansuhkan dan PR menguasai tiga negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan serta mendapat undi popular sebanyak 51% dalam PRU13.

Dalam erti kata lain, penyokong Anwar lebih tersusun dan ketua pembangkang itu mempunyai dana daripada tiga negeri untuk menyokong gerakan politiknya.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali membayangkan akan berlakunya "Reformasi 2.0" sebagai bantahan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan semalam.

"Apa patut kita buat? Kita patut lawan.... hendak turun jalan raya? Orang yang zalim, yang rasuah, perompak, penjenayah, tidak boleh dijatuhkan melalui pilihan raya. Ianya hanya boleh dijatuhkan dengan demonstrasi jalan raya," kata Azmin yang juga merupakan ahli Parlimen Gombak di Kajang malam tadi.

PKR yang sedang mengalami krisis politik akibat pertembungan Azmin dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kembali bersatu dengan keputusan mahkamah terhadap Anwar semalam.

Jika Anwar dipenjarakan sekali lagi, penyatuan PKR akan menjadi semakin kuat dan Malaysia sekali lagi akan menyaksikan demonstrasi besar-besaran setiap minggu sehinggalah ketua pembangkang itu dibebaskan.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang akan melawat Malaysia pada April ini akan dapat melihat dengan lebih dekat lagi krisis politik Malaysia dan ini akan menyukarkan Najib untuk menjawabnya.

Mampukah Najib berdepan dengan semua ini pada ketika beliau sendiri tidak disokong kuat oleh Umno dan BN, tidak seperti Dr Mahathir pada 1998?

Sumber Berita Dari The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment