SELEPAS GAME "KANGKUNG" KINI MUNCUL PULA GAME "BOMOH"

SHAH ALAM: Jika sebelum ini aplikasi permainan kangkung dicipta apabila populariti sayur kangkung melonjak selepas dikaitkan dengan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini giliran bomoh pula direka.

Hal itu dipercayai mempunyai kaitan dengan upacara ritual bomoh yang dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menjadi bahan jenaka di laman sosial.

Permainan yang dinamakan ‘Bomoh Triapps’ dan dibangunkan Google Play Store itu turut memamparkan dua lelaki berserban yang memegang kelapa dan bubu sambil duduk di atas tikar.

Dalam permainan itu, pemain dikehendaki menyelamatkan penumpang dan anak kapal sebuah pesawat yang hilang daripada kuasa jahat yang bernama ‘Black Garuda’.

Sehingga kini seramai 145 pengguna daripada 178 pengguna memberikan lima bintang terhadap permainan berkenaan.

Apakah Tok Raja Bomoh Sedunia akan saman pencipta game ini atau mohon di bayar royalti....???

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment