SAMPAI BILA DUBUR SEPOL BOLEH BERTAHAN?

Aku ada menulis sebelum ini, PKR mesti bersedia untuk menamakan calon lain di PRK Dun Kajang.  Aku terdetik untuk menyebut begitu kerana aku rasa 'game' puak ini sudah mula dapat dibaca sebaik saja Kerusi Kajang dikosongkan dan SPR lewat umumkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi.  
Aku tahu bukan saja di kalangan penyokong Umno saja yang seronok melihat kezaliman yang berlaku kepada Anwar, tetapi ada dari rakan-rakan kita sendiri yang mungkin tidak bersedih dan bersimpati dengan Anwar. Bermula dari rancangan Anwar "Kajang Move' ini diatur sudah ada suara-suara itu, tetapi aku tidak hairan kerana bagi aku di dalam kelompok manusia ini kita tidak boleh lari dari menemui rakan-rakan yang tidak sanggup bersusah bersama.  
Anwar tiba di Sekamat, Kajang
Anwar dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara petang semalam oleh Mahkamah Rayuan. Dubur Sepol kali ini berjasa besar kepada Umno biarpun aku yakin untuk sementara waktu. Jaminan RM10 Ribu membolehkan Anwar dapat bertemu para penyokongnya dari PR mahupun dari yang tidak berparti. Lokasi pertamanya malam tadi adalah bertemu para penyokongnya di Sekamat, Kajang. Ertinya, di dalam keadaan senang Anwar di Kajang hampir setiap malam semenjak Kerusi Kajang dikosongkan, waktu susah pun Anwar tidak lupa Kajang. Meskipun Anwar awal-awal sudah beritahu, beliau tidak layak lagi bertanding di PRK Dun Kajang pada 23 Mac nanti akibat hukuman zalim tersebut, namun beliau hadir juga ke Kajang.
Ribuan menyambut Anwar di Sekamat

Anwar dengan penuh semangat dan tegas berkata, "Kajang Move" akan tetap diteruskan dan beliau tetap akan berperanan di Kajang untuk menentukan Umno/Bn hilang dari bumi Malaysia khususnya di Selangor. Putrajaya tidak akan dilupakan walau apa pun rintangan yang berlaku dan ianya akan bermula di Kajang, ujarnya.  Kekuatannya sekarang adalah sokongan rakyat selain dari semangat kuat yang diberikan oleh isterinya, DS Wan Azizah. Anwar berkata, waktu melihat isterinya menitiskan air mata sewaktu hukuman dijatuhkan, beliau membisikkan kepada isterinya tidak perlu menangis kerana perjuangan untuk rakyat mesti diteruskan.  Beliau yakin, ada hikmah yang lebih hebat dan besar hasil dari ujian ini.
Sebelum itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berucap dengan agak lantang dan emosional sekali. Kali ini beliau kelihatan amat berminat dengan "demontrasi jalanan". Reformasi 2.0 akan dibincangkan di dalam PR untuk diadakan bagi menentang kezaliman ini, katanya. 
Selepas berucap rengkas di Sekamat, Anwar sepatutnya turun ke Stadium Kajang pula untuk menemui lebih kurang 3 Ribu rakyat yang menantinya di sana.  Malangnya, beliau terpaksa berpatah balik ke belakang kerana ada urusan penting yang segera perlu diselesaikan dengan para Peguamnya malam tadi. Namun, kehadiran Nurul Izzah, anakanda sulung Anwar dapat mengubati kesedihan para penyokong Anwar di Stadium Kajang. Beliau dengan lantang menyatakan, Anwar hanya simbol bagi menunjukkan kezaliman Umno/Bn dan selepas ini satu persatu pimpinan PR akan ditekan oleh rejim zalim ini. Apa pun katanya, rakyat pasti bersedia untuk bangkit melawan rejim yang semakin rakus ini.
Asyik mendengar pidato Nurul Izzah
Suasana di Stadium Kajang
Apa yang boleh dilihat malam tadi, sebaik saja hukuman dijatuhkan ke atas tokoh hebat ini, rakyat tidak perlu menanti notis lagi. Ribuan rakyat turun ke Kajang untuk menyatakan rasa dukacita mereka, berkongsi kesedihan mereka di samping untuk menunjukkan semangat rakyat semakin tinggi untuk menjatuhkan Umno/Bn. Sekali lagi dubur Sepol menjadi penyambung hayat kerajaan 47% ini. Sampai bila dubur itu boleh bertahan?  

Sumber Berita Dari Blog WFauzdin

No comments:

Post a Comment