KAJANG: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan berkempen pada PRK Dun Kajang.

Yang Dipertua PAS Hulu Langat, Razaly Hassan (gambar) berkata, kempen di Kajang semakin panas dengan pelbagai risalah berunsurkan fitnah cuba dibuat oleh pihak tertentu yang telah dikenal pasti.

"Cetak risalah yang memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat adalah taktik kotor dan terang-terangan langgar peraturan pilihan raya."

"Sesiapa yang cetak risalah ini wajar dikenakan tindakan oleh SPR," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR.

Katanya, setiap parti yang bertanding perlu mengikuti garis panduan yang tetapkan oleh SPR dan pada ketika ini perkara ini tidak perlu berlaku lagi.

"Setiap parti bertanding pilihan raya harus mengikut saluran yang telah ditetapkan bentuk kempen seperti ini tidak relevan pada masa ini," katanya.

Razaly yang juga Adun Dusun Tua berkata SPR pula wajar bersikap adil dengan mengambil tindakan kepada mereka yang disyaki tanpa mengenepikan sama ada ianya adalah BN atau PR.

Mengikut Akta SPR 1954 bahan cetak yang tidak dimaklumkan penerbit dan pencetak akan dikenakan penjara lebih setahun.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

No comments:

Post a Comment